Bantuan Sehingga RM500 Sebulan (BAP) Dibuka Untuk Permohonan

ADMIN PIAN
Bantuan Sehingga RM500 Sebulan (BAP) Dibuka Untuk Permohonan

 Table of Content
  1. Bantuan Anak Pelihara (BAP)
  2. Syarat Kelayakan Penerima BAP
  3. Jumlah Bantuan BAP
  4. Maklumat Lanjut Menegani BAP

Sebagai makluman, bantuan ini adalah di bawa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), khusus diberikan kepada mereka yang menepati syarat kelayakan.

Justeru, sebelum membuat permohonan, pemohon perlu memastikan mereka lulus syarat kelayakan untuk menerima bantuan ini sebelum memohon.

BANTUAN ANAK PELIHARA (BAP)

Bantuan Anak Pelihara (BAP) dilaksanakan sebagai bantuan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal dalam kalangan masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara.

Tambahan lagi, BAP juga bertujuan untuk meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri.


SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN BAP

Bagi mereka yang berhak dan layak menerima bantuan BAP ini, syarat kelayakan adalah seperti yang tertera:

• Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut:
  1. Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun
  2. Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa
  3. Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengankatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952.

• Kanak-kanak yang tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:
  1. Kanak-kanak yang diambil melalui “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM
  2. Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah bagi Kanak-kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

JUMLAH BANTUAN BAP

Mereka yang layak menerima akan menerima jumlah bantuan BAP minimum sebanyak RM250 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM500 sebulan sekeluarga yang menjaga dua (2) orang anak pelihara atau lebih.

MAKLUMAT LANJUT

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bantuan BAP ini dan memerlukan maklumat lanjut, sila layari 


Tags

Ad Code

Ad Space