Pihak KWSP menyediakan kemudahan pengeluaran secara sebahagian atau penuh, tertakluk terma dan syarat.
Simpanan KWSP terbahagi kepada Akuan 1 dan Akuan 2.
PENGELUARAN KWSP YANG DILULUSKAN JULAI INI
Beberapa pegeluaran dibenarkan oleh pihak KWSP pada Ogos serta bulan-bulan yang lain.
Kesemua pengeluaran berkenaan adalah dibenarkan dengan syarat seperti yang ditetapkan oleh KWSP. Semakan untuk pengeluran KWSP yang dibenarkan adalah seperti yang tertera di bawah :
PENGELUARAN UMUR 55 TAHUN
Simpanan Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP secara penuh boleh dilakukan pada usia 55 tahun.
Secara rasminya, umur 55 tahun merupakan umur persaraan dan ahli KWSP boleh membuat pengeluaran penuh atau secara fleksibel untuk kesemua simpanan mereka.
PENGELUARAN UMUR 60 TAHUN
Bagi ahli KWSP yang telah memilih untuk melanjutkan persaraan dan terus berkhidmat sehingga 60 tahun, pengeluaran ini merupakan lanjutan daripada pengeluaran umur 55 tahun.
Mencapai umur 60 tahun, kesemua simpanan yang terkumpul pada Akaun 55 dan Akaun Emas akan digabungkan untuk pengeluaran. Pengeluaran boleh dibuat secara penuh ataupun sebahagian sahaja.
PESARA BERPENCEN DAN PILIHAN
Pekerja Berpencen merupakan pekerja yang telah diletakkan dalam jawatan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, yang menjelaskan pengambilan pekerja di dalam perjawatan berpencen oleh Kerajaan Malaysia/Kerajaan Negeri/badan kuasa berkanun atau tempatan.
MAKLUMAT LANJUT
Sebanyak 17 Pengeluaran KWSP bersyarat yang ada dan ahli KWSP boleh menyemak syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
Syarat-syarat adalah berbeza bagi setiap pengeluaran yang dibenarkan.