Permohonan bagi Bantuan Warga Emas (BWE) masih dibuka dan bantuan ini mensasarkan sebagai suatu bentuk bantuan bagi membantu warga emas meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti dengan kadar bantuan sebanyak RM500 seorang sebulan.
Bantuan ini adalah di bawah Agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Baca juga :
SYARAT KELAYAKAN PEMOHON
Antara syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi menerima bantuan berkenan adalah seperti yang berikut:
- Warganegara Malaysia
- Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
-Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa
-Pendapatah Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa - Warga emas yang bukan tinggal di:
-Institusi kendalian JKM atau
-Pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/perkhidmatan secara percuma
CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500 SEBULAN (BWE)
Permohonan perlu dibuat secara atas talian terlebih dahulu melalui portal rasmi JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM) melalui pautan berikut - https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
- - Pemohona dan wakil perlu hadir ke mana-mana pejabat JKM yang didaftarkan
- - Hadir bersama borang permohonan yang telah lengkap diisi butirannya
- Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peeingkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara1.
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahlkan kelayakan bantuan kepada pemohon
Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak
- Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa bersama dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:
- Salinan Kad Pengenalan diri permohon;
- Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
- Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada)
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
- Pemohon boleh melengkapkan borang berikut:
KADAR BAYARAN BANTUAN
Jumlah bantuan yang bakal disalurkan kepada penerima adalah sebanyak RM500 sebulan seorang.