Table of Content
Baca juga :
BANTUAN WARGA EMAS (BWE)
Khusus buat warga emas, bantuan ini akan diberikan bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti. Jumlah bantuan yang akan diberikan adalah sebanyak *RM500/sebulan.
PERMOHONAN MASIH DIBUKA
Permohonan mesti dilakukan secara atas talian terlebih dahulu, melalui portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui pautan berikut, https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
sebelum langkah yang seterusnya :
- Pemohon dan wakil perlu hadir ke mana-mana pejabat JKM yang didaftarkan
- Hadir bersama borang permohonan yang siap diisi butirannya
Borang permohonan boleh dimuat turun di portal rasmi JKM atau boleh juga di muat turun melalui pautan yang disertakan di bawah:
DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN
Semasa tampil di pejabat JKM, dokumen-dokumen yang disenaraikan perlu di bawa bersama bagi memudahkan urusan pentadbiran :
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
- Salinan Kad Pengenalan suanmi/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
- Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada)
- Lain-lain dokumen yang berkaitan
JUMLAH BANTUAN
Kadar bayaran bagi bantuan BWE adalah sebanyak RM500 sebulan yang bakal memanfaatkan rakyat yang berkelayakan.