Bantuan RM1000 Bulanan Khas Untuk Kanak-Kanak

ADMIN PIAN
Bantuan Khas Bulanan untuk Kanak-Kanak RM1,000. Terdapat berbagai jenis bantuan kewangan yang disalurkan kepada rakyat oleh pihak kerajaan.

Salah satu daripadanya ialah bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang memberikan bantuan setiap bulan kepada individu yang layak.



Table of Content
  1. BANTUAN BULANAN JKM
  2. JUMLAH BANTUAN
  3. TARIKH PEMBAYARAN
  4. SYARAT KELAYAKAN
  5. CARA MEMOHON

BANTUAN BULANAN JKM

Pelaksanaan bantuan bulanan JKM ini telah wujud sejak zaman dahulu dan diteruskan hingga tahun ini.

Terdapat 9 jenis bantuan yang tersenarai dalam bantuan bulanan tersebut, termasuk bantuan untuk kanak-kanak, anak pelihara, warga emas, dan bantuan am negeri.


JUMLAH BANTUAN

Jumlah bayaran bantuan bulanan berbeza mengikut jenis bantuan dan syarat-syarat yang lain.

Sebagai contoh, jumlah maksimum untuk Bantuan Kanak-Kanak bagi sebuah keluarga ialah RM 1,000 sebulan jika bilangan anak yang layak melebihi jumlah yang ditetapkan.

  • Bantuan Anak Pelihara – RM 250
  • Bantuan Warga Emas – RM 500
  • Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya – RM 450
  • Bantuan Am Persekutuan – RM 100
  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja – RM 300
  • Bantuan Penjagaan OKU / Pesakit Kronik Terlantar – RM 500
  • Bantuan Latihan Perantis – RM 200

TARIKH PEMBAYARAN

Bayaran bantuan ini akan dibuat setiap bulan kepada individu yang layak.

Bantuan ini sentiasa dibayar pada permulaan bulan, iaitu di antara 1 hingga 10 hari bulan, termasuk bulan Julai ini.

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan adalah berbeza-beza mengikut jenis bantuan yang ingin anda permohonan.

Tetapi, syarat kelayakan utama bagi setiap bantuan adalah:

Warganegara Malaysia
Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa

CARA MEMOHON

Jika anda ingin membuat permohonan, anda boleh mengunjungi kaunter atau pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang berdekatan dengan kawasan anda.
Tags

Ad Code

Ad Space