Bantuan Bulanan RM500 untuk Ibu Bapa: Periksa Sekarang. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), yang ditubuhkan oleh kerajaan, bertujuan menjaga kebajikan masyarakat melalui lima teras utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan, dan pengintegrasian.
Table of Contents
BANTUAN ORANG TUA
Pelbagai bantuan bulanan di bawah JKM, salah satunya ialah Bantuan Orang Tua (BOT). Pihak kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap golongan tua atau warga emas.
Bantuan ini bertujuan utama untuk meringankan beban hidup warga emas yang mungkin sudah tidak mampu mencari rezeki.
JUMLAH BANTUAN
Bantuan untuk warga emas adalah sebanyak RM500 sebulan. Pembayaran RM500 setiap bulan akan dikreditkan kepada mereka yang layak.
TARIKH BAYARAN
Bantuan dibayar setiap bulan, termasuk bulan Disember 2023 ini, dengan pembayaran biasanya dilakukan pada awal bulan.
KELAYAKAN BANTUAN WARGA EMAS
Berikut adalah syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk menerima bantuan ini:
- Warganegara Malaysia
- Menetap di Malaysia
- Berumur 60 tahun ke atas
- Tidak tinggal di institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian/berkediaman yang menyediakan kemudahan/perkhidmatan secara percuma
- Kes yang layak dipertimbangkan
- Pendapatan tidak melebihi Purata Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Per Kapita
CARA PERMOHONAN
Berikut adalah panduan untuk permohonan bantuan:
LANGKAH 1
- Layari laman web rasmi e-bantuan JKM https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
- Tekan butang Daftar Permohonan Atas Talian
- Isi setiap butiran yang diperlukan
- Setelah selesai isi, klik butang Keputusan
LANGKAH 2
- Pemohon dan wakil perlu hadir ke mana-mana pejabat JKM yang didaftarkan dalam tempoh 14 hari daripada permohonan online
- Hadir bersama borang permohonan yang boleh dimuat turun dan diisi butirannya
- BORANG JKM 18 – PERMOHONAN chrome-extension://efaidnbmnnnibpcajpcglclefindmkaj/https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbkDoc/BorangJKM/JKM18.pdf
SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Hadir bersama beberapa dokumen berikut:
- Salinan MyKad pemohon
- Salinan MyKad ahli keluarga yang tinggal bersama pemohon
- Salinan penyata pendapatan atau surat akaun pendaftaran jika bekerja sendiri/tidak bekerja
- Bawa salah satu bil seperti bil elektrik, telefon yang menunjukkan alamat rumah
- Mana-mana dokumen yang perlu dibawa