Bantuan Musim Tengkujuh Fasa 2 Sebanyak RM200 Mula Dikreditkan

ADMIN PIAN
Bantuan Khas selama 4 Bulan adalah sebanyak RM 800. Bantuan Kewangan RM800 akan disalurkan pada Penghujung Tahun Ini. Pembayaran untuk bantuan berjumlah RM800 yang akan diberikan selama 4 bulan akan dimulai tidak lama lagi.

Bantuan tersebut dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh yang merupakan bantuan tahunan.



Table of Contents

BANTUAN BERJUMLAH RM 800

Bantuan tersebut adalah Bantuan Musim Tengkujuh di mana jumlah bantuan tersebut telah dinaikkan oleh pihak kerajaan.

Pihak kerajaan melalui agensi RISDA sentiasa mengambil berat untuk memelihara kebajikan pekebun kecil dan akan melaksanakan pemantauan agar tiada pekebun tercicir daripada bantuan tersebut.

JUMLAH BANTUAN DINAIKKAN

Bermula tahun 2023, pemberian BMT ini telah dinaikkan kepada RM 800 berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya, iaitu RM 600 sahaja.

Penambahan jumlah bantuan ini bertujuan untuk membantu para pekebun yang terkesan akibat musim tengkujuh yang melanda negara.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan untuk pembayaran bantuan pada bulan November, Disember 2023, Januari, dan Februari 2024 telah dibuka sehingga 15 September SAHAJA.

Permohonan baru boleh dibuat melalui pautan di bawah:
  • https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bmt-risda.html

TARIKH BAYARAN

Pembayaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) adalah selama empat bulan, bermula dari November 2023 hingga Februari 2024.

Bayaran untuk setiap bulan tersebut adalah sebanyak RM 200.

SYARAT KELAYAKAN

Untuk makluman, BMT ini diberikan kepada peneroka getah di bawah seliaan RISDA.

1) Pemohon pekebun kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau bukan di bawah mana-mana agensi:
  •    Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
  •    Geran asal tanah dan salinan
  •    Salinan buka akaun bank yang aktif

2) Pemohon penoreh bukan pemilik perlu menyertakan dokumen sokongan berikut:
  •    Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
  •    Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah
  •    Salinan geran lot yang ditoreh
  •    Salinan buku akaun bank yang aktif
  •    Salinan KaD PAT-G yang masih sah atau slip   pengaktifan Kad PAT-G
  •    Surat pengesahan daripada pemilik tanah/wakil yang sah

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh merujuk laman web rasmi RISDA melalui portal kerajaan di atas.
Tags

Ad Code

Ad Space