Penebusan RM100 Masih Dibuka. Tebus Sekarang Dengan E-Wallet Anda

ADMIN PIAN
Bantuan E-Wallet berjumlah RM100 akan disalurkan kepada Kategori yang akan dinyatakan berikut yang boleh digunakan untuk pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-wallet / e-dompet yang terpilih.

Bantuan e-Tunai RM100 ini akan diberikan kepada rakyat warganegara Malaysia yang memiliki pendapatan tahunan RM100,000 ke bawah, dijangka akan memberi manfaat kepada lebih daripada 10 juta rakyat Malaysia.



Isi Kandungan

Kelayakan Penerima

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan bagi mereka yang layak:

  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas.
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada tahun 2023.
  • Pendapatan di bawah RM100,000 setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Jumlah Bantuan

Jumlah bayaran yang akan dikreditkan dalam akaun E-Wallet bagi mereka yang layak dan berdaftar adalah sebanyak RM100.

Cara Penebusan

Pendaftaran dan penebusan tuntutan kredit E-Wallet boleh dilakukan mulai 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024 melalui beberapa platform aplikasi penyedia perkhidmatan E-Wallet berikut:
  • MAE
  • Touch N Go
  • Setel
  • ShopeePay
Anda hanya boleh membuat tuntutan sekali sahaja melalui mana-mana platform aplikasi E-Wallet pilihan anda dan hanya boleh digunakan untuk pembelian fizikal.

Tarikh Penebusan

Pendaftaran dan penebusan bagi bantuan ini berlangsung mulai 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024.

Manakala tempoh perbelanjaan adalah dari 4 Disember 2023 hingga 29 Februari 2024.
Tags

Ad Code

Ad Space