Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan menjalankan Bantuan Lesen Memandu melalui Program MyLesen B2 untuk Tahun 2024.
Program MyLesen ini merupakan suatu usaha pemerintah untuk memberdayakan 35,000 penerima (atau tanggungan) bantuan dari golongan B40 agar memperoleh Lesen Memandu Malaysia Kelas B2.
Program ini akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan, tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Jika anda berminat untuk mengajukan permohonan Bantuan Lesen Memandu Tahun 2024, sila isi borang penyertaan yang telah disediakan.
Tarikh tutup penyertaan Program MyLesen B2 Tahun 2024 ini adalah sehingga kuota penyertaan terpenuhi.
Table of Content
- Kepentingan Program MyLesen B2
- Manfaat Program MyLesen B2
- Tempoh Masa Dan Prosedur
- Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Lesen Memandu Percuma
- Terma & Syarat
- Cara Membuat Permohonan Bantuan Lesen Memandu Percuma
Kepentingan Program MyLesen B2
Impak dari Program MyLesen B2 ini adalah untuk:
- Membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam memperoleh Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
- Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui kepemilikan Lesen Memandu.
- Mendorong dan memupuk masyarakat agar memandu kenderaan secara sah mengikut undang-undang serta menghasilkan penunggang motosikal yang kompeten.
Manfaat Program MyLesen B2
Beberapa manfaat yang akan diperoleh oleh peserta yang mengambil bahagian dalam Program MyLesen B2 Tahun 2024 termasuk tawaran dan pembiayaan sepenuhnya untuk menjalani latihan dan ujian hingga mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2.
Tidak ada bayaran yang akan dikenakan kepada peserta karena semua kos latihan dan ujian (termasuk ulangan) akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Kerajaan.
Tempoh Masa Dan Prosedur
Peserta dikehendaki mengikuti kesemua modul kursus, latihan, dan ujian memandu mengikut tempoh masa dan prosedur yang telah ditetapkan oleh JPJ sebelum LMM Kelas B2 dikeluarkan. Tempoh dan prosedur tersebut adalah seperti berikut:
- Kursus Teori (KPP01) – 6 Jam
- Ujian Bertulis (KPP01) – 1 Jam
- Latihan Praktikal Di Litar (KPP02) – 9.5 Jam
- Latihan Praktikal Di Jalan Raya (KPP03) – 6 Jam
- Pra Ujian (QTI) – 30 Minit
- Ujian JPJ
Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Lesen Memandu Percuma 2024
Program MyLesen B2 bagi tahun 2024 ini membuka kuota sebanyak 35,000 peserta dengan syarat-syarat peserta termasuk:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 16 tahun ke atas.
- Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan.
- Sihat fizikal dan mental.
- Belum memiliki sebarang lesen memandu.
- Bebas daripada senarai hitam mahkamah, JPJ dan PDRM.
Terma & Syarat
Terma dan syarat-syarat permohonan Bantuan Lesen Memandu 2024 bagi semua peserta adalah seperti berikut:
- Peserta perlu menjadi warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas semasa mengemukakan permohonan.
- Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan.
- Sihat fizikal dan mental.
- Peserta tidak boleh memiliki Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
- Peserta tidak boleh disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi Kerajaan, badan swasta atau Institusi Kewangan semasa mengemukakan permohonan.
- Kos yuran peserta akan ditaja sepenuhnya termasuk fi latihan, amali dan ujian.
- Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain tidak termasuk dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta.
- Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu mengikut tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
- Peserta perlu bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
- Peserta tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa.
- Peserta dikehendaki menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kesihatan diri untuk memastikan kelancaran program sehingga tamat.
- Program akan berlangsung dari Februari 2024 hingga Oktober 2024.
Cara Membuat Permohonan Bantuan Lesen Memandu 2024
Peserta yang memenuhi syarat-syarat kelayakan di atas dan ingin membuat pendaftaran Bantuan Lesen Memandu boleh mengimbas kod QR pada poster atau klik pada pautan yang disediakan pada bahagian bawah.
Cara Permohonan : Klik Sini Untuk Memohon