Bantuan kewangan sebanyak RM200 akan dikreditkan tidak melebihi hujung bulan ini. Pembayaran bagi bantuan sejumlah RM800 yang akan diberikan selama empat bulan telah dimulakan pada bulan November yang lalu.
Bantuan ini dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh yang merupakan satu bantuan tahunan.
Table of Content
- Bantuan Sebanyak RM800
- Peningkatan Jumlah Bantuan
- Tarikh Permohonan
- Tarikh Bayaran
- Syarat Kelayakan
- Maklumat Lanjut
BANTUAN SEBANYAK RM800
Bantuan ini ialah Bantuan Musim Tengkujuh di mana jumlah bantuan tersebut telah ditingkatkan oleh pihak kerajaan.
PENINGKATAN JUMLAH BANTUAN
Mulai tahun 2023, pemberian BMT ini telah ditingkatkan kepada RM800 berbanding dengan jumlah sebelumnya iaitu RM600 sahaja.
TARIKH PERMOHONAN
Permohonan untuk pembayaran bantuan bulan November, Disember 2023, Januari, dan Februari 2024 telah dibuka sehingga 15 September SAHAJA.
Permohonan baharu boleh dilakukan melalui pautan di bawah:
[https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bmt-risda.html](https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bmt-risda.html)
TARIKH BAYARAN
Pembayaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) adalah selama empat bulan, bermula November 2023, Disember, Januari, dan Februari 2024.
Bayaran bagi setiap bulan adalah sebanyak RM200.
SYARAT KELAYAKAN
Untuk makluman, BMT ini diberikan kepada peneroka getah di bawah seliaan RISDA.
1) Pemohon pekebun kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau bukan di bawah mana-mana agensi perlu menyediakan dokumen seperti:
- Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
- Geran asal tanah dan salinan
- Salinan buka akaun bank yang aktif
2) Pemohon penoreh bukan pemilik perlu menyertakan dokumen sokongan seperti:
- Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
- Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah
- Salinan geran lot yang ditoreh
- Salinan buku akaun bank yang aktif
- Salinan KaD PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G
- Surat pengesahan daripada pemilik tanah/wakil yang sah
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh merujuk laman web rasmi RISDA melalui portal kerajaan yang dinyatakan di atas.