Bantuan yang dimaksudkan ialah Bantuan Warga Emas (BWE) dan permohonan untuk bantuan ini masih terbuka.
Table of Content
Tujuan Bantuan (BWE)
Bantuan Warga Emas (BWE) merupakan bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk warga emas miskin tegar yang memenuhi kriteria kelayakan.
Bantuan Warga Emas bertujuan membantu warga emas meneruskan kehidupan dalam komuniti dengan kadar bantuan sebanyak RM500 sebulan.
Bantuan ini disediakan oleh Agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Syarat Kelayakan Penerima
Berikut adalah syarat kelayakan untuk menerima bantuan ini:
- Warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia.
- Warga emas berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
- Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa.
- Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa. - Warga emas yang tidak tinggal di:
- Institusi kendalian JKM.
- Pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/perkhidmatan secara percuma.
Kadar Bantuan
Jumlah bantuan yang akan diberikan ialah RM500 sebulan.
Maklumat Lanjut Permohonan
Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan atau sebarang pertanyaan, sila layari laman rasmi berikut:
https://manfaat.mof.gov.my/individu/bwe