Bantuan Khas Kewangan RM2000 Mula Dikreditkan Hari Ini

ADMIN PIAN
Seperti yang telah diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2024 pada bulan Oktober yang lalu, bantuan kewangan sebanyak RM2,000 dan RM1,000 telah diluluskan untuk penjawat awam.

Kini, bayaran insentif awal dari Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah akan disalurkan pada bulan Februari ini.



Isi Kandungan


BANTUAN KEWANGAN

Dalam rangka Belanjawan 2024 yang bertemakan "Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat" yang menitikberatkan pada peningkatan Ketangkasan Perkhidmatan serta Penstrukturan Semula Ekonomi bagi meningkatkan Pertumbuhan dan Darjat Hidup Rakyat.

Oleh itu, kerajaan telah mengumumkan pelbagai jenis bantuan untuk tahun depan, termasuklah Sumbangan Tunai Rahmah 2024 serta bantuan one-off sebanyak RM2000 untuk penjawat awam.


BANTUAN KEWANGAN RM 2000

Khabar gembira buat penjawat awam, kerajaan telah menyetujui untuk memberikan Bayaran Insentif Awal dari Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000.

Bantuan kewangan ini layak diterima oleh semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah, termasuk juga yang dilantik secara kontrak.

BANTUAN KEWANGAN RM 1000

Selain itu, kerajaan juga akan menyediakan bantuan kewangan sebanyak RM1,000 kepada semua kakitangan Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA), termasuk mereka dari pihak polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata, serta anggota yang memakai seragam.

Bayaran sebanyak RM1,000 ini juga akan diberikan kepada semua pesara kerajaan, termasuk veteren yang telah bersara, serta mereka yang belum bersara.

TARIKH PEMBAYARAN

Bayaran bantuan kewangan sebanyak RM2,000 dan RM1,000, atau yang dikenali sebagai Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam, akan disalurkan pada

  • 23 Februari 2024

Ad Code

Ad Space