Bantuan Sara Hidup (BSH) Sebanyak RM300 Sebulan

ADMIN PIAN
Untuk makluman anda, kerajaan telah memperkenalkan satu bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM300, yang akan diberikan kepada golongan yang layak.

Untuk mengetahui syarat kelayakan serta maklumat lanjut, sila rujuk butiran lengkap di bawah.



Isi Kandungan

BANTUAN SARA HIDUP (BSH)

Pelaksanaan bantuan kewangan, iaitu Bantuan Sara Hidup, sebanyak RM300 setiap bulan. Program bantuan kewangan ini dikendalikan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV).

Ya, bantuan istimewa ini dikhaskan kepada para veteran ATM.

Tujuan utama program ini adalah untuk membantu meringankan beban para veteran ATM yang telah memberikan pengorbanan besar untuk melindungi negara dan rakyat.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk permohonan bantuan khas ini:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Veteran ATM
  3. Berumur 60 tahun ke atas
  4. Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia
  5. Bekas ahli pasukan 136 dan bekas askar wataniah yang bekerja sepenuh masa
  6. Balu yang telah berkahwin semula tidak layak memohon
  7. Tidak dikenakan hukuman berat di bawah tatakelakuan ketenteraan
  8. Memiliki faktor kesihatan atau penyakit yang mengganggu kerja (surat pengesahan doktor kerajaan diperlukan)
  9. Anak yatim piatu perlu berumur antara 18 hingga 21 tahun jika masih belajar, manakala tiada had umur untuk anak cacat kekal
  10. Syarat lain akan dipertimbangkan

CARA MEMOHON

Bagi para veteran ATM yang layak dan belum menerima bantuan ini, anda boleh membuat permohonan untuk Bantuan Sara Hidup.

Berikut adalah laman web JHEV di mana anda boleh membuat permohonan dan menyemak status permohonan anda jika telah dibuat.


MAKLUMAT TAMBAHAN

Sebarang maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai bantuan ini boleh diperoleh melalui pautan di bawah.
Tags

Ad Code

Ad Space