Bayaran STR Fasa 2 Dijangka Sebelum Aidilfitri

ADMIN PIAN
Bantuan Tunai Rahmah (STR) merupakan satu insentif kerajaan yang diberikan dalam 4 bayaran setahun.

Kerajaan telah meningkatkan bayaran STR Fasa 1 (2024) kepada RM500 berbanding RM300 pada Fasa 1 tahun sebelumnya.


Isi Kandungan

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diteruskan pada tahun kedua dengan peningkatan bantuan asas sebanyak RM600.

Bantuan STR ini difokuskan kepada setiap isi rumah, individu bujang, atau individu tanpa pasangan yang tergolong dalam kategori miskin tegar, B40, dan M40.

TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 2

Seperti yang diketahui, pembayaran STR Fasa 1 bermula pada 29 Januari 2024. Manakala pembayaran STR Fasa 2 dijangka sebelum Hari Raya Aidilfitri ini.

Setakat ini, sebanyak 8.2 juta individu yang layak telah mendaftar untuk STR 2024. Angka ini dijangka akan meningkat kepada 9 juta penerima.

JUMLAH PEMBAYARAN

Jumlah pembayaran masih belum diumumkan pada masa ini. Ia akan dikemas kini dari semasa ke semasa.


KAEDAH PEMBAYARAN

Sama seperti STR sebelum ini, terdapat 2 kaedah pembayaran yang disediakan:

Bayaran bantuan akan disalurkan terus ke dalam akaun bank yang telah didaftarkan.
Jika tiada akaun bank atau terdapat masalah dengan akaun bank, pembayaran akan dilakukan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).
Tags

Ad Code

Ad Space