Bantuan Sara Hidup Sebanyak RM300 Setiap Bulan

ADMIN PIAN
Bantuan Sara Hidup (BSH) RM300 Yang Dikreditkan Setiap Bulan. Untuk pengetahuan anda kerajaan telah melancarkan sebuah bantuan yang dikenali Bantuan Sara Hidup (BSH) berjumlah RM300 dan akan diagihkan kepada rakyat yang layak.

Untuk mengetahui apakah kelayakan yang dikehendaki sila rujuk maklumat penuh di bawah.



Table of Contents


BANTUAN SARA HIDUP (BSH)

Pelaksanaan sebuah bantuan kewangan iaitu Bantuan Sara Hidup yang diberikan setiap bulan RM300. Bantuan kewangan ini dikendalikan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteren ATM (JHEV).

Ya, bantuan khas ini hanya untuk para veteran ATM.

Tujuan utama pelaksanaan program ini adalah untuk membantu meringankan beban para veteren ATM yang sudah berhempas pulas untuk melindungi rakyat dan negara.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang ditetapkan untuk permohonan bantuan khas tersebut

Warganegara Malaysia
Veteran ATM
Berumur 60 tahun dan ke atas
Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia
Bekas ahli pasukan 136 dan bekas askar wataniah yang bekerja sepenuh masa
Balu yang telah berkahwin lain tidak boleh membuat permohonan
Tidak diberhentikan di bawah kes tatatertib
Mempunyai faktor kesihatan atau mempunyai penyakit yang menjejaskan pekerjaan (surat pengeasahan pegawai perubatan kerajaan diperlukan)
Anak yatim piatu perlu berumur 18 hingga 21 tahun jika masih belajar manakala untuk anak cacat kekal tiada had umur diperlukan
Mana-mana syarat lain akan dipertimbangkan

CARA PERMOHONAN

Kepada para veteren ATM yang berkelayakan dan belum menerima bantuan berkenaan anda boleh membuat permohonan Bantuan Sara Hidup ini.

Berikut adalah laman web JHEV di mana anda boleh membuat permohonan serta semakan status sekiranya sudah membuat permohonan.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut dan informasi bantuan terkini dari masa ke masa boleh didapatkan melalui pautan di bawah.
Tags

Ad Code

Ad Space