STR Fasa 3 Dibayar Sebelum Aidladha? Semak Di Sini

ADMIN PIAN
 STR Fasa 3 Dibayar Sebelum Aidiladha? Semak Sekarang. Pembayaran bagi fasa 1 dan 2 telah selesai dikreditkan pada Januari dan April lalu.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bantuan kerajaan yang diberikan dalam 4 bayaran setahun.

STR Fasa 3 Dibayar Sebelum Aidladha? Semak Di Sini

Table of Content

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dilanjutkan untuk tahun kedua dengan penambahan bantuan asas sebanyak RM600 yang dikenali sebagai SARA.

Bantuan STR dari fasa 1 hingga 4 akan memberi tumpuan kepada isi rumah, bujang, atau individu tanpa pasangan yang berada dalam kategori miskin tegar, B40, dan M40.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 3

Selepas pembayaran STR Fasa 2 bermula pada 3 April lalu. Sebahagian daripada bantuan tersebut tentu digunakan untuk persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Pembayaran seterusnya adalah Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 yang dijangkakan akan dikreditkan dalam tempoh 2-4 bulan akan datang.

BAYARAN BANTUAN STR FASA 3 DIJANGKA HINGGA RM 800

Sehingga kini, jumlah bayaran STR Fasa 3 belum ditetapkan. Masih terlalu awal untuk mengumumkan.

Namun, berdasarkan STR Fasa 3 tahun 2023, bayaran tertinggi adalah RM800 manakala yang terendah adalah RM100 untuk individu bujang.

Kami menganggarkan bayaran STR Fasa 3 untuk tahun ini akan sama atau hampir sama dengan tahun 2023.

STR FASA 3 DIBAYAR SEBELUM AIDILADHA?

STR Fasa 3 untuk tahun 2023 dibayar sebelum Hari Raya Aidiladha iaitu pada 26 Jun 2023.

Bagi tahun ini, kita masih tidak pasti sama ada ia akan dibayar sebelum atau selepas Hari Raya Aidiladha. Jika mengikut jadual yang sama dengan STR Fasa 3 tahun lalu, bayaran STR bagi tahun ini akan berlaku pada bulan Jun.

Marilah kita tunggu pengumuman rasmi daripada pihak kerajaan.

JADUAL BAYARAN SEHINGGA FASA 4

Hanya tinggal bayaran STR Fasa 3 dan 4. STR Fasa 1 dan 2 masing-masing telah dibayar pada Januari dan April.

Bayaran STR Fasa 3 dijangkakan akan dikreditkan pada bulan Jun manakala Fasa 4 dijangkakan pada bulan September atau Oktober.

CARA BAYARAN

Seperti sebelum ini, terdapat 2 cara pembayaran:

Bayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan.
Jika tiada akaun bank atau masalah dengan akaun bank, pembayaran akan diterima secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan baru untuk bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), termasuklah untuk Fasa 3, belum dibuka pada masa ini.

SEMAKAN STATUS

Status permohonan boleh diperiksa melalui portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di bawah:

Tags

Ad Code

Ad Space