Bantuan Kewangan RM100 Untuk Kategori Bujang. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan satu bantuan kerajaan yang diberikan dalam 4 bayaran setahun.
Setelah jangka masa yang lama menantikan pembayaran, akhirnya bayaran STR Fasa 2 bermula dikreditkan secara berperingkat pada 3 April 2024.
Table of Contents
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diteruskan bagi tahun kedua dengan penambahan bantuan asas sebanyak RM600.
Bantuan STR ini akan difokuskan kepada setiap isi rumah, bujang, atau individu tanpa pasangan yang tergolong dalam kategori miskin tegar, B40, dan M40.
STR FASA 2 DIBAYAR SEBELUM HARI RAYA
Secara rasmi, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan mula dikreditkan pada 3 April 2024 hingga 9 April 2024.
Pada masa ini, sebanyak 8.2 juta individu yang layak telah mendaftar untuk STR 2024. Angka ini dijangkakan akan meningkat sehingga 9 juta penerima.
Bagi penerima yang tidak memiliki akaun bank, bayaran secara tunai melalui cawangan BSN boleh diterima bermula 3 April.
JUMLAH BAYARAN MENGIKUT KELAYAKAN
Jumlah bayaran berbeza mengikut kategori. Ini adalah jumlah bayaran yang kami terima berdasarkan pengumuman Kementerian Kewangan.
1. Isi Rumah (RM 0 – RM 2,500)
- RM 150 – Tiada anak
- RM 300 – 1-2 anak
- RM 500 – 3-4 anak
- RM 650 – 5 ke atas
2. Isi Rumah (RM 2,501 – RM 5,000)
- RM 100 hingga RM 300
3. Warga Emas Tiada Pasangan
- RM 150
4. Bujang
- RM 100
CARA BAYARAN
Seperti STR sebelum ini, terdapat 2 cara bayaran:
Bayaran bantuan akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah didaftarkan.
Sekiranya tiada akaun bank atau terdapat masalah dengan akaun bank, pembayaran akan disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).