Bantuan Tambahan Untuk Penerima STR 2024 : Semak Kelayakan. Pelbagai jenis bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh kerajaan kepada rakyat yang layak termasuklah Sumbangan Tunai Rahmah (STR), MySalam, bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan lain-lain.
Pemberian pelbagai jenis bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban setiap isi rumah dan penerima yang terkesan.
Table of Contents
BANTUAN SKK RM 1,000
Salah satu bantuan yang turut diberikan oleh kerajaan ialah SKK atau Skim Khairat Kematian berjumlah RM 1,000 bagi setiap penerima yang layak.
SKIM KHAIRAT KEMATIAN
Tujuan Skim Khairat Kematian adalah untuk memberi sokongan kewangan kepada anggota masyarakat yang menghadapi kesulitan akibat kematian ahli keluarga atau jiran tetangga. Program ini boleh digunakan untuk menampung beberapa perbelanjaan yang diperlukan.
JUMLAH BANTUAN
Jumlah tuntutan
RM 1,000 bagi setiap individu yang layak sahaja.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat-syarat untuk menerima bantuan SKK RM 1,000 ini
Untuk makluman anda, penerima BKM 2022 layak untuk membuat tuntutan bantuan ini bagi kategori penerima:
Berstatus perkahwinan atau
Ibu atau Bapa Tunggal / Janda / Duda / Balu yang mempunyai anak atau
Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
Meninggal dunia : Mulai 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022
SKK boleh dituntut oleh wakil yang didaftarkan oleh pemohon atau pasangan mulai 15 April 2022
Pasangan bukan warganegara Malaysia yang meninggal dunia tidak layak menerima SKK
DOKUMEN UNTUK MEMBUAT TUNTUTAN
Sijil kematian asal atau salinan dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan
Kad Pengenalan asal wakil dan
Dokumen yang membuktikan pertalian antara penerima dan wakil
CARA TUNTUTAN
Wakil boleh membuat tuntutan tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Hanya perlu membawa dokumen yang disebutkan di atas untuk membuat tuntutan.