Senarai Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan Selain Akaun 3

ADMIN PIAN
Senarai Pengeluaran KWSP Yang Boleh Dikeluarkan Selain Akaun 3. Pada bulan ini, banyak pencarum telah membuat pengeluaran KWSP akaun baru iaitu Akaun 3 yang sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada ahli.

Hanya Akaun 1 sahaja yang membenarkan pengeluaran sepenuhnya, sementara Akaun 2 hanya meluluskan pengeluaran sebahagian simpanan berdasarkan kelayakan yang ditetapkan. Akaun 3 pula adalah untuk pengeluaran kecemasan. Berikut adalah senarai pengeluaran Akaun 1 yang turut boleh dilakukan.
Senarai Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan Selain Akaun 3

Table of Contents

BERUMUR 55 TAHUN

Ahli yang mencapai usia 55 tahun dibenarkan membuat pengeluaran penuh simpanan mereka kerana Akaun 1 dan Akaun 2 akan digabungkan menjadi Akaun 55. Jika pencarum memilih untuk terus bekerja selepas usia 55 tahun, sumbangan yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas yang hanya boleh dikeluarkan apabila mencapai umur 60 tahun.

PEKERJA BERPENCEN

Bagi Pekerja Berpencen / Persaraan Pilihan, mereka boleh membuat pengeluaran penuh. Definisi pekerja berpencen adalah pekerja yang telah diletakkan dalam jawatan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dalam perjawatan berpencen oleh Kerajaan Malaysia atau Kerajaan Negeri atau badan kuasa berkanun atau tempatan.

HILANG UPAYA

Ahli KWSP yang mengalami kehilangan upaya boleh membuat pengeluaran penuh simpanan setelah mereka disahkan oleh pegawai perubatan. Malah, mereka juga layak mendapat RM5,000 sebagai Bantuan Hilang Upaya untuk meringankan beban mereka.

MENINGGALKAN NEGARA

Ahli yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan mereka untuk berhijrah ke negara lain boleh memilih untuk mengeluarkan semua simpanan mereka di KWSP.

KEMATIAN

Apabila ahli meninggal dunia, pengeluaran penuh simpanan mereka boleh dibuat melalui waris terdekat. Oleh itu, pihak KWSP menggalakkan para ahlinya untuk membuat penamaan bagi memudahkan urusan pengeluaran selepas kematian.

Bagi mereka yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan, permohonan pengeluaran penuh KWSP ini boleh dilakukan secara atas talian (online) di Sistem i-Akaun KWSP atau secara manual di cawangan-cawangan KWSP berhampiran.

Maklumat lengkap mengenai pengeluaran KWSP boleh diperoleh di Portal Rasmi KWSP.
Tags

Ad Code

Ad Space