Semakan Status STR Fasa 3 dan Jangkaan Pembayaran. Pembayaran untuk fasa 1 dan 2 telah lengkap pada bulan Januari dan April sebelum ini.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bantuan kerajaan yang diberikan dalam 4 bayaran setahun.
Table of Contents
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diteruskan untuk tahun kedua dengan tambahan bantuan asas RM600, yang dikenali sebagai SARA.
Bantuan STR, dari fasa 1 hingga 4, memberi tumpuan kepada isi rumah, bujang, atau individu tanpa pasangan dalam kategori miskin tegar, B40, dan M40.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH STR FASA 3
Selepas pembayaran STR Fasa 2 bermula pada 3 April lepas, sebahagian daripada bantuan tersebut digunakan untuk persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Pembayaran seterusnya adalah Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 yang dijangkakan akan dikreditkan dalam tempoh 2-4 bulan akan datang.
BAYARAN BANTUAN STR FASA 3 DIJANGKA HINGGA RM 800
Pada masa ini, jumlah bayaran STR Fasa 3 belum diumumkan. Masih terlalu awal untuk itu.
Walaupun begitu, berdasarkan STR Fasa 3 – 2023, bayaran tertinggi adalah RM 800 dan terendah adalah RM 100 untuk individu bujang.
Kami menjangkakan bayaran STR Fasa 3 bagi tahun ini adalah sama atau hampir sama dengan tahun 2023.
JANGKAAN BAYARAN STR FASA 3
STR Fasa 3 bagi tahun 2023 dibayar sebelum Hari Raya Aidiladha, iaitu pada 26 Jun 2023.
Bagi tahun ini, kita masih belum pasti sama ada bayaran akan dibuat sebelum atau selepas Hari Raya Aidiladha. Jika mengikut jadual yang sama dengan STR Fasa 3 tahun lalu, bayaran STR bagi tahun ini adalah pada bulan Jun.
JADUAL BAYARAN SEHINGGA FASA 4
Hanya tinggal bayaran STR Fasa 3 dan 4 lagi. STR Fasa 1 dan 2 telah dibayar masing-masing pada bulan Januari dan April sebelum ini.
Dijangkakan bayaran STR Fasa 3 akan dikreditkan pada bulan Jun, sementara fasa terakhir iaitu Fasa 4 dijangka pada bulan September atau Oktober.
CARA BAYARAN STR FASA 3
Sama seperti sebelum ini, terdapat dua cara bayaran untuk STR:
Bayaran bantuan akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan.
Jika tiada akaun bank atau ada masalah dengan akaun bank, pembayaran akan disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).
TARIKH PERMOHONAN STR FASA 3
Permohonan baharu untuk bantuan STR termasuklah bagi Fasa 3 belum dibuka setakat ini.
SEMAKAN STATUS STR FASA 3
Status boleh disemak melalui portal rasmi atau Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk maklumat terkini.