Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM300 bagi bulan Jun telah dilancarkan oleh kerajaan. Bantuan ini akan disalurkan kepada individu yang layak. Sila rujuk maklumat penuh di bawah untuk mengetahui kelayakan yang diperlukan.
BANTUAN SARA HIDUP (BSH)
Bantuan kewangan sebanyak RM300 diberikan setiap bulan melalui program Bantuan Sara Hidup. Program ini dikendalikan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteren ATM (JHEV) dan tertakluk kepada veteran ATM sahaja. Tujuan utama program ini adalah untuk membantu veteran ATM mengurangkan bebanan mereka yang telah berkhidmat untuk melindungi negara dan rakyat.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk memohon bantuan khas ini:
- Warganegara Malaysia
- Veteran ATM
- Berumur 60 tahun ke atas
- Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia
- Bekas anggota pasukan 136 dan bekas askar wataniah yang bekerja sepenuh masa
- Balu yang telah berkahwin semula tidak layak
- Tidak diberhentikan di bawah kesalahan disiplin
- Mengalami masalah kesihatan yang menyekat pekerjaan (perlu surat pengesahan pegawai perubatan kerajaan)
- Anak yatim piatu perlu berumur 18 hingga 21 tahun jika masih belajar. Untuk anak cacat kekal, tidak ada had umur yang ditetapkan.
- Syarat lain akan dipertimbangkan
CARA PERMOHONAN
Veteran ATM yang layak dan belum menerima bantuan boleh membuat permohonan Bantuan Sara Hidup melalui laman web JHEV yang disediakan di bawah ini. Anda juga boleh semak status permohonan di laman web yang sama.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut dan berita terkini mengenai bantuan ini, sila layari pautan di bawah.