Pada Belanjawan 2024 yang lalu, Kerajaan Malaysia mengumumkan pembukaan satu akaun baru KWSP untuk pencarum yang dikenali sebagai Akaun 3 / Fleksibel.
Table of Content
AKAUN 3 – FLEKSIBEL KWSP
Akaun 3 ini dikenali sebagai Akaun Fleksibel kerana ia membolehkan pencarum mengaksesnya pada bila-bila masa dalam keadaan kecemasan.
Saat ini, KWSP hanya mempunyai 2 Akaun KWSP yang lebih difokuskan sebagai simpanan persaraan.
Akaun 3 membolehkan pencarum mengeluarkan sebahagian daripada simpanan untuk tujuan kecemasan.
TARIKH PERMOHONAN
SYARAT PENGELUARAN
Akaun 3 ini direka untuk memenuhi keperluan tunai kecemasan ahli.
Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham, menyatakan bahawa Akaun 3 mungkin menawarkan dividen yang lebih rendah berbanding dengan dua akaun lain kerana ia bertindak sebagai dana kecemasan.
BAYARAN AKAUN 3 KWSP
Disebabkan penstrukturan baru Akaun KWSP termasuklah Akaun 1 dan 2 serta pelaksanaan Akaun Fleksibel (Akaun 3), simpanan ahli akan dibahagikan kepada:
- 75% = Akaun 1
- 15% = Akaun 2
- 10% = Akaun 3
PENGELUARAN PADA BILA-BILA MASA
Tujuan pelaksanaan Akaun Fleksibel ini adalah untuk membantu pencarum membuat pengeluaran pada saat kecemasan atau keperluan.
Oleh itu, pengeluaran dari Akaun 3 boleh dilakukan pada bila-bila masa oleh pencarum.
TARIKH DAFTAR PERMOHONAN PINDAHAN AMAUN
Ahli boleh membuat pilihan untuk pindahan amaun permulaan dari 12 Mei hingga 31 Ogos 2024.
Pilihan ini hanya boleh dibuat sekali dalam tempoh masa tersebut.
Jika ahli tidak membuat pilihan untuk pindahan amaun permulaan, baki dalam Akaun Sejahtera (2) dan Akaun Fleksibel (3) akan kekal.
TEMPOH KELULUSAN PINDAHAN BAYARAN
Pindahan amaun permulaan ke Akaun 3 akan mengambil masa selama 3 hingga 5 hari bekerja.
CARA PENGELUARAN WANG MELALUI AKAUN 3
Selepas pindahan ke Akaun 3 diselesaikan, ahli boleh membuat permohonan untuk pengeluaran wang simpanan melalui Akaun 3.
Pengeluaran boleh dibuat melalui:
i-Akaun KWSP Pejabat KWSP Untuk permohonan pengeluaran Akaun 3 di bawah RM10,000, ahli perlu melakukan pengesahan identiti secara elektronik melalui pengecaman wajah di aplikasi i-Akaun KWSP.
Bagi pengeluaran MELEBIHI RM10,000, ahli perlu melakukan pengesahan cap jari melalui Self-Service Terminal (SST).
Setelah selesai, wang akan dikreditkan terus ke dalam Akaun Bank yang didaftarkan.