Pengeluaran Khas KWSP Melalui i-Suri RM480. KWSP menyediakan pelbagai kemudahan agar pencarum mendapat faedah daripada caruman yang dilakukan.
Sebagai contoh, pencarum boleh mengeluarkan sebahagian wang dan pengeluaran penuh berdasarkan kelayakan yang diperlukan.
Selain itu, terdapat juga sebuah program KWSP yang dikenali sebagai i-Suri yang mampu memberi manfaat RM 480.
PROGRAM KWSP RM 480
Melalui program i-Suri KWSP, pencarum layak menerima insentif RM 480. Melalui program istimewa ini, terdapat pelbagai manfaat dan faedah yang boleh diperolehi oleh penduduk Malaysia.
Program khas ini terbuka kepada semua penduduk Malaysia yang merupakan suri rumah yang mencarum kepada KWSP.
MANFAAT I-SURI KWSP
Manfaat utama di bawah program i-Suri ini adalah menerima insentif tambahan KWSP sebanyak RM 480.
Selain itu, turut boleh membuat sumbangan dalam jumlah yang boleh ditanggung pada bila-bila masa.
Secara automatik layak menerima khairat kematian sebanyak RM 2,500.
SYARAT KELAYAKAN
Syarat kelayakan berikut telah ditetapkan untuk pendaftaran program i-Suri KWSP:
Terbuka kepada Warganegara Malaysia
Individu berumur 60 tahun ke bawah sahaja
Kumpulan suri rumah yang berdaftar dengan e-Kasih
Melakukan caruman sekurang-kurangnya RM 5 sebulan atau setara RM 60 setahun
Nota: Pemohon boleh memilih antara i-Suri atau i-Saraan sahaja.
CARA PERMOHONAN
Jika anda berminat untuk mendapatkan program i-Suri KWSP ini, anda boleh membuat permohonan melalui portal rasmi KWSP yang akan diberikan di bawah.
Pemohon perlu menyediakan dokumen yang diperlukan dan borang permohonan yang boleh dimuat turun di halaman KWSP.