STR 2024: Jadual Pembayaran STR bagi Fasa 3 dan Fasa 4. Pembayaran untuk fasa 1 dan 2 telah diserahkan pada Januari dan April masing-masing.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan kerajaan yang diberikan dalam 4 bayaran setahun.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diteruskan untuk tahun kedua dengan tambahan bantuan asas sebanyak RM600 yang dikenali sebagai SARA.
Bantuan STR dari fasa 1 hingga 4 akan menumpukan kepada setiap isi rumah, individu bujang, atau individu tanpa pasangan yang tergolong dalam kategori miskin tegar, B40, dan M40.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 3
Selepas pembayaran STR Fasa 2 bermula pada 3 April. Sebahagian wang bantuan itu pastinya digunakan untuk persediaan menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Pembayaran seterusnya adalah Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 yang dijangka akan dikreditkan dalam tempoh 2-4 bulan akan datang.
BAYARAN BANTUAN STR FASA 3 DIJANGKA HINGGA RM 800
Pada masa ini, tiada lagi butiran berkenaan jumlah pembayaran STR Fasa 3. Masih terlalu awal untuk memberi pengumuman.
Namun, jika dilihat dari STR Fasa 3 - 2023, jumlah bantuan tertinggi adalah RM800 manakala yang terendah adalah RM100 untuk individu bujang.
Kami menjangkakan pembayaran STR Fasa 3 untuk tahun ini akan sama atau hampir sama dengan tahun 2023.
TARIKH PEMBAYARAN
STR Fasa 3 bagi tahun 2023 telah dibayar sebelum Hari Raya Aidiladha pada 26 Jun 2023.
Bagi tahun ini, masih tidak pasti sama ada ia akan dibayar sebelum atau selepas Hari Raya Aidiladha. Jika mengikut jadual yang sama dengan STR Fasa 3 tahun lalu, pembayaran STR bagi tahun ini akan berlaku pada bulan Jun.
JADUAL PEMBAYARAN HINGGA FASA 4
Hanya tinggal pembayaran STR Fasa 3 dan 4. STR Fasa 1 dan 2 masing-masing telah dibayar pada Januari dan April.
Dijangkakan pembayaran STR Fasa 3 akan dikreditkan pada bulan Jun manakala fasa terakhir, Fasa 4, pada bulan September atau Oktober.
CARA PEMBAYARAN
Sama seperti STR sebelum ini, terdapat 2 cara pembayaran:
Pembayaran bantuan akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan.
Jika tiada akaun bank atau berlaku masalah dengan akaun bank, pembayaran akan disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).
TARIKH PERMOHONAN
Permohonan baru bagi Bantuan Tunai Rahmah (STR) termasuk untuk Fasa 3 belum dibuka pada masa ini.
SEMAKAN STATUS
Semakan status boleh dibuat terus melalui portal rasmi. Tambahan pula, anda boleh mengunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) jika terdapat sebarang perubahan maklumat.