Bantuan Aidiladha RM500: Tarikh Bayaran & Syarat Kelayakan. Bulan Jun ini sekali lagi, umat Islam akan merayakan Hari Raya Aidiladha. Kerajaan akan memberikan bantuan Aidiladha kepada individu yang layak.
BANTUAN AIDILADHA
Menteri Agama, Datuk Seri Na’im Mokhtar, telah mengumumkan bahawa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bersetuju untuk menyalurkan bantuan khas sempena Aidiladha.
Bantuan ini akan diberikan kepada setiap asnaf MAIWP yang berada di WP Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya.
JUMLAH BANTUAN
Bantuan insentif khas ini adalah sebanyak RM500. Bantuan tersebut akan dibayar sekali dengan jumlah RM500 kepada penerima yang layak.
KATEGORI KELAYAKAN
Kategori asnaf yang layak menerima bantuan ini terbahagi kepada empat iaitu Fakir, Miskin, Muallaf, dan Ar-Riqab.
Keempat-empat kategori tersebut akan menerima bantuan tunai sebanyak RM500.
JUMLAH LAYAK
Seramai 32,000 asnaf layak menerima bantuan khas Aidiladha ini yang terdiri daripada Fakir, Miskin, Muallaf, dan Ar-Riqab.
Jumlah keseluruhan bantuan ini adalah sebanyak RM16,150,000.00 yang diperuntukkan dari kutipan zakat yang diterima dari orang ramai.
TARIKH BAYARAN
Bantuan Aidiladha ini akan dikreditkan selewat-lewatnya pada 14 Jun 2024 (Jumaat) seperti yang diumumkan.
Dengan tarikh pembayaran awal beberapa hari sebelum Hari Raya Aidiladha, para asnaf dapat membuat persiapan awal.