Info Terkini Mengenai Bantuan Baharu KWSP i-Sayang

ADMIN PIAN

 


Table of Content



Dalam penantiaan pengeluaran one-off KWSP 10K, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melancarkan sebuah skim yang baharu yang akan dilancarkan tahun ini.
 
Untuk pengetahuan anda, I-Sayang adalah merupakan nama skim baharu tersebut yakni sebuah program yang memberi kemudahan kepada insan yang disayangi iaitu isteri.

 
i-SAYANG

i-Sayang adalah kemudahan baharu yang akan dilancarkan pada tahun 2022 ini oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Kemudahan ini telah diperkenalkan pada bulan November 2021 yang lepas.
 
Tujuan penubuhan skim ini adalah untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat agar menjamin simpanan pada masa hadapan.
 
Menurut Pengerusi KWSP, Tan Sri Agmad Badri Mohd Zahir, i-Sayang ialah sebuah kemudahan pemindahan sukarela sebanyak dua peratus 2% caruman KWSP ke akaun isteri.
 

TARIKH BAYARAN

Menurut Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, i-Sayang akan dilancarkan pada suku pertama 2022.
 
Buat masa ini, belum ada lagi tarikh rasmi pembayaran ditentukan. Oleh kerana sekarang sudah lepas suku pertama tahun 2022, kita masih menunggu kenyataan yang terbaru mengenai tarikh bayaran i-sayang ini.

 
CARA PERMOHONAN I-SAYANG

Untuk makluman para pembaca, pihak KWSP belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan cara permohonan i-Sayang KWSP.
 
Terus ikuti kami untuk mendapatkan info terkini berkenaan program ini.

 
JUMLAH BAYARAN

Untuk pengetahuan anda,  i-Sayang ialah
• pemindahan caruman sukarela daripada akaun suami kepada akaun isteri
• Jumlah bayaran yang akan diberikan kepada isteri ialah dua peratus 2% caruman
• KWSP turut menyokong skim caruman lebihan yang sukarela yang mana ahli boleh meminta para majikan untuk meningkatkan caruman KWSP mereka 11% kadar berkanun

Ad Code

Ad Space