Jumlah Bayaran dan Kategori Penerima BKM Fasa 4

ADMIN PIAN

 




Table of Content
  1. Bantuan Keluarga Malaysia
  2. Jumlah bantuan
  3. Tarikh Bayaran

Untuk pengetahuan anda, pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 3 sudah pun selesai dibayar. Walaupun begitu masih ada yang belum menerima pembayaran. Kita hanya mampu berharap agar pihak kerjaan dan LHDNM mengambil tindakan segera.

Seperti yang kita tahu, BKM mempunyai 4 Fasa. Kita sudah melalui 3 fasa dan kini, rakyat sedang menunggu untuk pembayaran Fasa 4 pula.

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

BKM adalah bantuan kewangan yang diberikan kepda mereka yang layak setiap tahun oleh kerajaan. Bantuan ini tertumpu kepada golongan B40, M40, warga tua, janda, duda dan lain-lain.

Tujuan bantuan ini diagihkan adalah untuk meringankan beban hidup rakyat yang sedang menghadapi kos sara hidup yang kian meningkat. 


JUMLAH BANTUAN FASA 4

Berikut merupakan jumlah bantuan mengikut kategori:

1. Kategori Isi Rumah - Pemohon berumur 59 tahun ke bawah

a) Pendapatan RM 0 - RM 2500
  • 0 anak - RM 200
  • 1-2 anak - RM 300
  • 3 dan lebih anak - RM 400

b) Pendapatan RM 2501 - RM5000
  • 0-3 anak dan ke atas - Ke semua RM 100

2. Kategori Isi rumah - Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas

a) Pendapatan RM 0 - RM 2500
  • 0 anak - RM 500
  • 1-2 anak - RM 600
  • 3 dan lebih anak - RM 700

b) Pendapatan RM 2501 - RM5000
  • 0 -3 anak dan ke atas - Kesemua terima RM 400

3. Kategori ibu bapa tunggal mempunyai anak - tiada had umur

a) Pendapatan RM 0 - RM 2500
  • 1-2 anak - RM800
  • 3 anak dan lebuh - RM900

b) Pendapatan RM2501 - RM5000
  • 1-3 anak dan lebih - Kesemua terima RM 600

TARIKH BAYARAN BKM FASA 4

Setakat ini tiada lagi tarikh rasmi yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Tapi seperti yang sudah ditetapkan, pembayaran akan dibuat sebelum 1 Januari. 2023.

Terus ikuti kami untuk berita dari masa ke masa mengenai bantusan ini.




Ad Code

Ad Space