Bantuan Bernilai Sebanyak RM200 Pada Hujung Bulan Mac ini.

ADMIN PIAN


Table of Content




Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak jenis bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan kepada rakyat yang dicintai. Tujuan bantuan-bantuan ini dilaksanakan adalah untuk meringankan beban yang ditanggung masyarakat. 

Terdapat satu bantuan yang bernilai maksimum RM800 yang telah dibayar secara berperingkat dalam 3 bulan. Kini, hanya tersisa RM 200 umtuk pembayaran terakhir.

BANTUAN BERJUMLAH RM800 

Kepada yang belum tahu, bantuan tersebut digelar sebagai Bantuan Musim Tengkujuh yang mana nilainya telah dinaikkan oleh masyarakat.

RISDA, salah satu agensi kerajaan sentiasa mengambil berat untuk memelihara kebajikan para pekebun kecil dan akan sentiasa membuat pantauan agar tiada pekebun terlepas daripada mendapat bantuan tersebut.


JUMLAH BANTUAN YANG DINAIKKAN

Bermula pada tahun 2023 ini, bantuan BMT ini telah dinaikkan sebanyak RM200 ringgit. Kini , jumlah bayaran adalah sebanyak RM800 berbanding tahun sebelumnya sebanyak RM600.

Tujuan penambahan bantuan ini adalah untuk membantu meringakan para pekebun yang terkesan akibat musim tengkujuh.


TARIKH BAYARAN BANTUAN RM800

Berikut merupakan jadual pembayaran bulanan bagi Bantuan Musim Tengkujuh ini. Terdapat 3 fasa untuk bantuan ini. Fasa 1 dilaksanakan pada Januari 2023, Fasa 2 pada Februari 2023 dam Fasa 3 iaitu fasa terakhir pada Mac 2023.

  • Januari - RM 300
  • Februari - RM 300
  • Mac - RM 200
Untuk makluman anda, pembayaran untuk BMT Fasa 1 dan 2 sudah pun dikreditkan kepada mereka yang layak menerima. Baki RM 200 akan dibayar bulan ini. Selewat-lewatnya ia akan dikreditkan pada 31. Mac 2023.

MAKLUMAT LANJUT

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi RISDA atau Hotline BMT di talian 
  • 03-4251 0171

Ad Code

Ad Space