Bantuan Kewangan Berjumlah RM700 Baru Sahaja Diumumkan

ADMIN PIAN
 

Table of Content
  1. Bantuan Khas Kewangan
  2. Jumlah Bantuan
  3. Tarikh Bayaran
  4. Senarai Yang Tidak Layak Terima Bantuan

Untuk pengetahuan anda, kerajaan melalui Perdana Menteri telah mengumumkan sebuah bantuan khas RM700 pada 30 Ogos 2022. Pengumuman itu adalah berkenaan dengan Bantuan Khas Kewangan 2023 kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Kerajaan serta Pesara Kerajaan.

Bantuan ini diumumkan ketika Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 (MAPPA XVIII) yang bertemakan 'Penjawat Awan Tonggak Aspirasi Keluarga Malaysia'.

BANTUAN KHAS KEWANGAN

Bantuan Khas Kewangan merupakan satu bantun yang disalurkan kepada penjawat awam yang berkelayakan daripada kerajaan.

Tujuan utama bantuan ini diberikan adalah sebagai tanda menghargai jasa pengorbanan penjawat awam.

JUMLAH BANTUAN

Untuk pengetahuan anda, terdapat 2 jenis bantuan dengan perbezaan jumlah dan kelayakan. Ianya adalah seperti berikut :


BANTUAN RM 700

  • Diberikan kepada Pegawai Perkidmatan Awam Gred 56 dan ke bawah

BANTUAN RM 350

  • Diberikan kepada pesara kerajaan yang sedang menerima pencen
  • Penerima pencen terbitan
  • Pesara perkhidmatan awam skim KWSP iaitu bersara apa mencapai opsyen umur perasaan
  • Veteren berpencen dan tidak berpencen

TARIKH BAYARAN

Untuk pengetahuan pembaca, tarikh pembayaran akan bermula pada bulan Januari 2023 nanti. Belum ada tarikh rasmi yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

Dijangkakan ia akan dibayar bersama gaji pada bulan Januari kelak iaitu pada hujung bulan.


SENARAI YANG TIDAK LAYAK TERIMA BANTUAN

Berikut merupakan senarai yang tidak layak bagi tahun ini sahaja. Senarai ini akan dikemaskini dari masa ke masa untuk tahun 2023.

  • Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setarif termasuk yang memangku, dipinjam / tukar semestara dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama / Gred Khas
  • Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh 1 Januari 2021 hingga 25 Januari 2022
  • Pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tempoh 1 Januari hingga 25 Januari 2022 dan
  • Pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari hingga 25 Januari 2022 serta
  • Pegawai berpencen yang melepaskan hak pencen kerana menyertai Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan


Tags

Ad Code

Ad Space