Untuk pengetahuan anda, anda boleh mengemaskini maklumat untuk bantuan BKM Fasa 3 sehingga RM 900 yang dibuka sehingga 30 Ogos 2022
Pengemaskinian maklumat Permohonan BKM 2022 adalah untuk membolehkan pemohon yang berstatus lulus untuk menukar makluat asas mereka seperti nombor telefon rumah.
Kemaskini maklumat BKM Fasa 3 ini adalah untuk penerimayang telah berstatus lulus dan tidak membuat sebarang rayuan BKM.
PERKARA YANG BOLEH DIKEMASKINI
- Nombor telefon bimbit
- Alamat e-mel
- Nama dan Nombor Akaun Bank
- Maklumat Perwakilan
INFO MAKLUMAT BKM FASA 3
Untuk pengetahuan anda, tarikh kemaskini maklumat BKM Fasa 3 dibuka mulai 3 Ogos sehingga 30 Ogos 2022.
Selain itu, pengemaskinian untuk fasa seterusnya akan diumumkan dari masa ke masa.
CARA KEMASKINI
Untuk mengemaskini maklumat anda, anda boleh buat melalui pautan rasmi semakan BKM di portal rasmi BKM https://bkm.hasil.gov.my/
- Tekan log masuk dan tekan kemaskini permohonan
- Masukkan No MyKad dan tekan semak
- Isikan semua maklumat bertanda *, isi kof captcha dam klik sahkan captcha dan tandakan Perakuan Pemohon
- Tekan butang hantar bagi membuat pengemaskinian. Klik butang cetak sekiranya perlu.
MAKLUMAT LANJUT
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh merujuk kepada
- HOTLINE BKK LHDNM : 1 800 88 2747
- HOTLINE BKK MOF : 03 8882 4565
- LHDNM e-mel : bkm@treasury.gov.my