Bantuan Kewangan Bernilai RM600 Dibuka Untuk Permohonan

ADMIN PIAN
 

Table of Content
  1. Bantuan Musim Tengkujuh
  2. Jumlah Bantuan
  3. Tarikh Bantuan
  4. Cara Permohonan
  5. Syarat Kelayakan


Untuk pengetahuan pembaca, pelbagai jenis bantuan kerajaan yang disalurkan melalui pelbagai agensi kerajaan. Hal ini bertujuan bagi meringankan beban rakyat dan para pekerja.
 
Salah satu bantuan yang telah diperkenalkan dan disalurkan adalah melalui Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).
 

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)

 
Bantuan Musim Tengkujuh merupakan bantuan tahunan yang diberikan oleh pihak RISDA bagi meringankan beban yang dipikul para pekebun yang kehilangan sumber pendapatan akibat musim tengkujuh yang melanda.
 
Pemberian bantuan ini disalurkan melalui 2 Fasa. Ianya sama seperta pembayaran BMT 2021 yang lalu.


JUMLAH BANTUAN

Jumlah penuh bantuan adalah berjumlah RM600. Namun, pembayaran akan berlangsung melalui 2 Fasa.
 
Dengan itu, penerima akan menerima RM300 untuk setiap fasa.
 

TARIKH PERMOHONAN 

Tarikh permohonan bagi bantuan ini ialah 

• 5 Mei sehingga 15 September 2022
 
Bagi mendapatkan bayaran awal, adalah dinasihatkan untuk memohon awal.
 

CARA PERMOHONAN 

Permohonan boleh dilakukan melalui laman sesawang https://pekebunkecil.risda.gov.my/utama
 
Pemohon perlulah menyediakan dokumen penting seperti berikut

• Salinan kad pengenalan pemohon dan asal

• Geran asal tanah dan salinan

• Salinan buku akaun bank yang masih aktif

 

SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat kelayakan untuk BMT.

 

1. Pekebun Kecil RISDA

• Warganegara Malaysia

• Pekebun kecil

• Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar

• Pemilik tanah yang sah

• Seorang penerima sahaja untuk satu lot

 

2. Penoreh tapi bukan pemilik

• Warganegara Malaysia

• Penoreh bukan pemilik tetapi berdaftar dengan RISDA

• Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar

• Pengesahan pemilik tanah yang sah

• 1 lot untuk seorang penerima bantuan sahaja

• Mempunyai PAT-G

 

 






Tags

Ad Code

Ad Space