Cara Menebus Bantuan Kewangan Sebanyak RM400 Secara Automatik

ADMIN PIAN

Sebuah bantuan atau baucar kepada pengguna Shoppe yang layak telah dilancarkan oleh Shopee dan Kementerian Tenaga & Sumber Asli (keTSA)

PROGRAM SAVE 3.0

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini terdapat Program Save 1.0 dan Save 2.0. Kini, dilancarkan pula Program Save 3.0. 

Bantuan ini hanya menghadkan pembelian untuk barangan elektrik yang menerima label 4 dan 5 bintang yang telah disahkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

OBJEKTIF BAUCAR

Berikut merupakan antara objektif bantuan ini:

1) Bagi meningkatkan jumlah 4 dan 5 bintang peralatan elektrik di pasaran
2) Memberi peluang kepada para pengguna untuk membeli barangan 4 dan 5 bintang melalui Shopee
 

JUMLAH BANTUAN

Jumlah bantuan untuk program ini adalah 
• RM400

SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat kelayakan untuk bantuan ini :

• Warganegara Malaysia

• Pemilik akaun elektrik domestik yang berdaftar dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Sarawak Energy Bhd (SEB) dan NUR Power sahaja yang layak

• Baucar boleh ditebus melalui kedai elektrik dan pasar raya secara dalam talian menerusi Shopee, Lazada dan PG MALL

• Penerima Save 2.0 tidak layak menerima Save 3.0 Kategori 1

KATEGORI BAUCAR

Kategori 1 : Pembelian peti sejuk / pendingin hawa (RM200)

Kategori 2 : Pembelian TV / Mesin basuh / Ketuhar / Gelombang Mikro / Periuk nasi (RM50/RM100/ RM200)

CARA TEBUS BAUCAR

Untuk makluman anda, penebusan baucar ini boleh dilakukan secara fizikal dan dalam talian. 

1. TEBUS DALAM TALIAN
• Cari Save 3.0 di Shopee / PG MALL / Lazada
• Berbual dengan penjual untuk mendapatkan baucar itu
• Sekiranya layak, penjual akan memberikan baucar Save 3.0
• Masukkan baucar tersebut ke bahagian Baucar Kedai ketika daftar keluar pembelian

2. TEBUS SECARA FIZIKAL
• Anda perlu hadir ke kedai elektrik berdekatan bersama kad pengenalan dan bil elektrik anda

 

TARIKH PELAKSANAAN

Tarikh pelaksanaan program ini adalah sepanjang tahun 2022 bermula Januari hingga Disember.

Tags

Ad Code

Ad Space