Table of Content
Untuk pengetahuan pembaca, terdapat satu bantuan telah disediakan iaitu Bantuan BINGKAS atau Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor yang akan diberikan kepada mereka yang layak.
Tujuan bantuan ditubuhkan adalah untuk meringankan beban penerima yang layak termasuk ibu tunggal.
BANTUAN BERJUMLAH RM 300
Sedia maklum, bantuan ini adalah bantuan yang diumumkan oleh kerajaan Negeri Selangor pada Belanjawan 2022.
Kerajaan Selangor telah memperuntukkan bantuan berjumlah RM 108 juta bagi membantu 30,000 isi rumah atau keluarga yang layak tidak terkecuali seperti ibu tunggal.
Tujuan utama bantuan ini adakah untuk mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak pernah kenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak.
JUMLAH BANTUAN
Berikut merupakan jumlah keseluruhan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor
- RM 3600 untuk 12 bulan/setahun
- RM300 setiap bulan
SYARAT KELAYAKAN
Berikut merupakan syarat kelayakan yang diperlukan :
- Warganegara Malaysia
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
- Pemilih berdaftar di Selangor
- Tanggungan berumur 18 tahun dan ke bawah
- Pendapatan isi rumah adalah di bawah RM 3000 sebulan
SYARAT PENDAFTARAN
Berikut merupakan dokumen yang diperlukan :
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Pasangan
- Salinan Kad pengenalan, MyKid atau Surat kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak/ tanggungan)
- Salinan Sijil Kematian / Penceraian / Laporan Polis (untuk ibu / bapa tunggal )
- Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
- Salinan slip gaji / Pencen terkini (untuk penjawat awam)
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri atau tidak bekerja)
CARA PERMOHONAN
Berikut merupakan cara permohonan :
- Anda perlu menekan DAFTAR PERMOHONAN
- Sila masukkan nombor telefon anda
- Sekiranya anda menerima KISS, anda perlu kemas kini nombor telefon
- Seterusnya, sila lengkapkan butiran yang diperlukan termasuklah nama, nombor kad pengenalan dan lain-lain.