Semak Tarikh Dan Jumlah Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah 2024

ADMIN PIAN
Sila semak tarikh dan jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2024. Pada bulan Oktober yang lalu, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan telah menyampaikan Belanjawan untuk tahun 2024, dengan pengumuman pelbagai inisiatif bantuan kerajaan kepada rakyat. 

Satu daripada perkara tersebut adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 yang akan ditingkatkan sehingga RM3700.



Table of Contents
Hari ini merupakan hari di mana Belanjawan 2024 bagi peringkat persekutuan dibentangkan.

Satu inisiatif yang diumumkan berkaitan dengan STR 2024. Menurut Perdana Menteri, jumlah peruntukkan STR 2024 telah dinaikkan dari RM8 bilion kepada RM10 bilion.

JUMLAH STR 2024

Seperti yang diketahui, pembayaran maksimum STR 2023 dinaikkan kepada RM3700 termasuk Sumbangan Asas Rahmah.

Namun, tidak semua kategori akan menerima jumlah yang sama, pembayaran berbeza mengikut kategori masing-masing, serupa dengan STR 2023.

TARIKH BAYARAN

Pembayaran fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 dijadualkan bermula seawal bulan Februari 2024.

JUMLAH BAYARAN FASA 1

Pada masa ini, kerajaan belum mengeluarkan perincian mengenai jumlah bayaran bagi setiap fasa.

Yang pasti, jumlah bantuan maksimum termasuk bantuan bulanan SARA ialah RM3,700.

PERMOHONAN DAN KEMASKINI

Untuk pengetahuan anda, permohonan baharu dan kemas kini maklumat (sekiranya ada) boleh dilakukan mulai 1 November 2023 melalui portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah
Tags

Ad Code

Ad Space