Table of Content
- Tarikh Bayaran BKM
- Bayaran Dalam Proses Pengkreditan
- Jumlah Bantuan Terkini
- Cara Semakan Status
- Maklumat lanjut
Seperti yang kita tahu, berita mengenai Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 3 ini menjadi buah mulut orang ramai pada masa ini. Hal ini disebabkan pembayaran bagi bantuan ini akan dijalankan pada bulan September ini. Oleh yang demikian, ramai yang tertanya-tanya dan ingin membuat status bayaran mereka.
TARIKH BAYARAN BKM
BAYARAN FASA 1
Bayaran untuk Fasa 1 telah dikreditkan pada bulan Mac yang lalu. Ianya dilakukan secara berperingkat.
BAYARAN FASA 2
Bayaran untuk Fasa 2 telah dikreditkan pada bulan Jun yang lalu. Ianya juga dilakukan secara berperingkat.
BAYARAN FASA 3
Bayaran Fasa 3 akan dikreditkan pada bulan September ini. Setakat ini tiada lagi tarikh rasmi.
BAYARAN FASA 4
Bayaran Fasa 4 akan dibuat pada bulan Disember.
BAYARAN DALAM PROSES PENGKREDITAN
Untuk pengetahuan anda, pembayaran bagi BKM Fasa 3 ini akan dibayar pada bulan September. Oleh yang demikian, pada masa ini, pembayaran bantuan ini masih dalam proses pengkreditan dan tiada lagi tarikh rasmi yang dikeluarkan.
JUMLAH BANTUAN TERKINI
Berikut merupakan jumlah bantuan terkini BKM Fasa 3 :
1) Kategori Isi Rumah yang berumur 59 tahun dan ke bawah
a) Pendapatan RM 0 - RM 2500
- 0 anak - RM 200
- 1-2 anak - RM 300
- 3 dan lebih anak - RM 400
b) Pendapatan RM 2501 - RM 5000
- 0-3 anak dan ke atas - Semua terima RM 100
2) Kategori Isi Rumah yang berumur 60 tahun dan ke atas
a) Pendapatan RM 0 - RM 2500
- 0 anak - RM 500
- 1-2 anak - RM 600
- 3 dan lebih anak - RM 700
b) Pendapatan RM 2501 - RM 5000
- 0-3 anak dan ke atas - Semua terima RM 400
3) Kategori Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai anak - Tiada had umur
a) Pendapatan RM 0 - RM 2500
- 1-2 anak - RM 800
- 3 dan lebih anak - RM 900
b) Pendapatan RM 2501 - RM 5000
- 0-3 anak dan ke atas - Semua terima RM 600
4) Kategori Bujang dan IBT tiada anak - Pemohon berumur 59 tahun ke bawah
- RM 150
5) Bujang dan IBT tiada anak - Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas
- RM150
CARA SEMAKAN STATUS BKM FASA 3
Berikut merupakan cara untuk membuat semakan status :
- Log masuk ke portal rasmi BKM
- Klik pada Semakan Status
- Paparan Kelayakan akan dipaparkan
- Klik maklumat pembayaran untuk melihat status pembayaran
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan, anda boleh melayari portal rasmi BKM.