Table of Content
Untuk pengetahuan pembaca, pelbagai jenis
bantuan kerajaan yang disalurkan melalui pelbagai agensi kerajaan. Hal ini
bertujuan bagi meringankan beban rakyat dan para pekerja.
Salah satu bantuan yang telah diperkenalkan dan
disalurkan adalah melalui Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan
Getah (RISDA).
BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)
Bantuan Musim Tengkujuh merupakan bantuan
tahunan yang diberikan oleh pihak RISDA bagi meringankan beban yang dipikul
para pekebun yang kehilangan sumber pendapatan akibat musim tengkujuh yang
melanda.
Pemberian bantuan ini disalurkan melalui 2 Fasa.
Ianya sama seperta pembayaran BMT 2021 yang lalu.
JUMLAH BANTUAN
Jumlah penuh bantuan adalah berjumlah RM600.
Namun, pembayaran akan berlangsung melalui 2 Fasa.
Dengan itu, penerima akan menerima RM300 untuk
setiap fasa.
TARIKH PERMOHONAN
Tarikh permohonan bagi bantuan ini ialah
• 5 Mei sehingga 15 September 2022
Bagi mendapatkan bayaran awal, adalah
dinasihatkan untuk memohon awal.
CARA PERMOHONAN
Permohonan boleh dilakukan melalui laman
sesawang https://pekebunkecil.risda.gov.my/utama
Pemohon perlulah menyediakan dokumen penting
seperti berikut
• Salinan kad pengenalan
pemohon dan asal
• Geran asal tanah dan
salinan
• Salinan buku akaun
bank yang masih aktif
SYARAT KELAYAKAN
Berikut merupakan syarat
kelayakan untuk BMT.
1. Pekebun Kecil
RISDA
• Warganegara Malaysia
• Pekebun kecil
• Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar
• Pemilik tanah yang sah
• Seorang penerima sahaja untuk satu lot
2. Penoreh tapi
bukan pemilik
• Warganegara Malaysia
• Penoreh bukan pemilik tetapi berdaftar dengan RISDA
• Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar
• Pengesahan pemilik tanah yang sah
• 1 lot untuk seorang penerima bantuan sahaja
• Mempunyai PAT-G