Table of Content
- Jangkaan Tarikh Pembayaran
- Bayaran Dalam Proses Pengkreditan
- Cara Semakan Status BKM Fasa 3
- Maklumat Lanjut
Sedia maklum, bayaran untuk BKM Fasa 3 akan dilakukan pada bulan ini pada September 2022. Bantuan ini merupakan bantuan terkini yang sedang dinanti-nantikan oleh semua rakyat setelah berakhirnya BKM Fasa 2. Dalam pembayaran bantuan Fasa 3 ini, jumlah bantuan maksimum adalah RM 900 yang akan diberikan kepada mereka yang layak berdasarkan kategori.
JANGKAAN TARIKH PEMBAYARAN
Berdasarkan pola pemnbayaran untuk BKM Fasa 1 dan 2, pembayaran dilakukan pada hujung bulan Mac dan Jun.
Melihat daripada trend tersebut, berkemungkinan besar BKM Fasa 3 ini juga akan dibayar pada hujung bulan September ini. Walau bagaimanapun, kita masih menunggu informasi yang rasmi daripada pihak kerajaan mengenai hal ini.
BAYARAN DALAM PROSES PENGKREDITAN
Seperti yang anda tahu, pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia BKM Fasa 3 ini dibayar pada bulan September 2022 ini. Oleh yang demikian, pada ketika ini, pembayaran bantuan ini dalam proses pengkreditan tetapi tiada lagi tarikh rasmi yang diumumkan setakat ini.
CARA SEMAKAN STATUS BKM FASA 3
Berikut merupakan cara untuk anda menyemak status pembayaran anda :
- Log masuk ke portal rasmi https://bkm.hasil.gov.my/
- Klik Semakan Status
- Paparan Kelayakan akan dipaparkan
- Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran
MAKLUMAT LANJUT
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, layari portal rasmi BKM di