Berikut Adalah Bantuan-Bantuan Yang Dibayar Pada September 2022

ADMIN PIAN

Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak jenis saluran bantuan bakal disalurkan pada bulan ini. Berikut merupakan antara bantuan yang bakal diterima pada bulan September 2022.

Seperti yang anda tahu, dengan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup, rakyat amat memerlukan bantuan kewangan yang diberikan oleh pihak kerajaan persekutuan mahupun negeri.

ANTARA BANTUAN YANG DISEDIAKAN DI BULAN SEPTEMBER

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) FASA 3

Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 3 merupakan bantuan yang paling ditunggu-tunggu oleh rakyat. Seperti yang telah dijadualkan, bantuan ini akan dibayar pada bulan September. Jumlah pembayaran bagi bantuan ini adalah mengikut kategori yang layak.

Jumlah yang terbesar dalam bantuan ini adalah RM 900 dan RM 700. Walau bagaimanapun, tak semua rakyat akan mendapat bantuan tersebut dan ianya berdasarkan kelayakan anda. 


BANTUAN MYSALAM

MYSALAM merupakan sebuah bantuan yang akan diberikan kepada masyarakat yang menerima Bantuan Keluarga Malaysia atau mereka yang berkategori B40. Bantuan ini merupakan perlindungan percuma kesihatan takaful.

Dalam bantuan ini, anda berpeluang untuk menerima bantuan RM 50 sehari bagi tempoh maksimum 14 hari setahun bersamaan RM 700 setahun sekiranya penyakit yang anda hidapi tersenarai dalam MYSALAM. 


BANTUAN BULANAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

Untuk pengetahuan anda, banyak jenis bantuan yang disenaraikan dalam bantuan bulanan pihak JKM, termasuklah bantuan untuk kanak-kanak, orang tua, Orang Kurang Upaya (OKU), bantun am, bantuan anak pelihara dan lain-lain.

Pembayaran bantuan ini akan diteruskan pada bulan September 2022.


PERMOHONAN PERANTI SISWA

Permohonan untuk peranti siswa masih dibuka sehingga 30 September 2022. Bantuan ini merupakan satu inisiatif kerajaan untuk menyediakan peranti kepada mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang tergolong dalam keluarga B40.

Hal ini bertujuan untuk merapatkan jurang masyarakat khusunya dalam pengajian atau pembelajaran digital.

Pelajar yang telah lulus status akan diberikan sebuah tablet Samsung Tab A8 LTE.

Tags

Ad Code

Ad Space