Table of Content
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah ditubuhkan untuk tujuan menajaga kebajikan masyarakat yang berlandaskan 5 aspek utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian.
Melalui JKM, terdapat pelbagai jenis bantuan telah diagihkan antaranya termasuklah bantuan kanak-kanak dan orang tua.
Sedia maklum, terdapat juga bantuan yang lain bernilai sebanyak RM 200 sebulan yang diberikan oleh pihak JKM kepada mereka yang layak. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut, baca artikel ini sehingga habis.
JENIS BANTUAN
Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM telah menyediakan sebuah bantuan dalam latihan perantis yang ditawarkan.
Perkara ini adalah satu kemudahan kepada kanak-kanak untuk menerima bantuan JKM.
JUMLAH BANTUAN
Berikut merupakan jumlah bantuan yang diberikan kepada mereka yang layak :
- RM 200 sebulan
- Bersamaan RM 2,400 setahun
- Pembayaran akan diberikan setiap bulan
KATEGORI YANG LAYAK
Sedia maklum, bantuan ini akan terkhusus kepada KATEGORI B40 sahaja. Hal ini kerana kebanyakan daripada mereka telah terjejeas sumber pendapatan akibat musim pandemik yang lalu.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat :
- Warganegara Malaysia
- Anak-anak yang menerima bantuan daripada institusi kebajikan
- Bekas pelatih perintah khidmat negara
- Mana-mana kes yang dipertimbangkan
CARA PERMOHONAN
Berikut merupakan cara permohonan bantuan ini. Untuk pengetahuan anda, pemohon hendaklah menyediakan beberapa dokumen penting seperti berikut :
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Kad Pengenalan / Sijil Lahir Suami / Isteri / Anak
- Salinan Penyata Gaji
- Mana-mana dokumen yang layak untuk dibawa
Jika anda sudah menyediakan dokumen yang di atas, anda hanya perlu memuat turun dan mengisi borang di bawah sebekum menghantar ke mana-mana pejabat JKM berhampiran.