Untuk pengetahuan anda, pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia BKM Fasa 2 telah pun selesai dikreditkan. Seperti yang anda sedia maklum, BKM mempunyai 4 Fasa. Kita sudah melalui 2 fasa dan kini sedang menanti fasa yang ke 3 dan yang ke 4 untuk dibayar.
BANTUAN KELUARGA MALAYSIA
Bantuan Keluarga Malaysia merupakan bantuan kewangan yang akan diberikan kepada mereka yang layak. Bantuan ini lebih tertumpu kepada golongan B40, M40, warga tua, janda, duda dan kain-lain.
Tujuan utama bantuan ini disalurkan adalah untuk meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat yang sedang menghadapi kos sara hidup yang tinggi.
JUMLAH BANTUAN FASA 3
Berikut merupakan jumlah bantuan mengikut kategori:
1. Kategori Isi Rumah yang berumur 59 tahun dan ke bawah
a) Pendapatan RM 0 - RM 2500
- 0 anak - RM 200
- 1-2 anak - RM 300
- 3 dan lebih anak - RM 400
b) Pendapatan RM 2501 - RM 5000
- 0-3 anak dan ke atas - Kesemua RM 100
2. Kategori Isi Rumah berumur 60 tahun dan ke atas
a) Pendapatan RM 0 - RM 2500
- 0 anak - RM 500
- 1-2 anak - RM 600
- 3 dan lebih anak - RM 700
b) Pendapatan RM 2501 - RM 5000
- 0-3 anak dan ke atas - Kesemua RM 400
3. Kategori ibu bapa tunggal mempunyai anak
a) Pendapatan RM 0 - RM 2500
- 1-2 anak - RM 800
- 3 dan lebih anak - RM 900
b) Pendapatan RM 2501 - RM 5000
- 0-3 anak dan ke atas - Kesemua RM 600
4. Kategori Bujang dan IBT tanpa anak berumur 59 tahun dan ke bawah
- RM 150
5. Bujang dan IBT tiada anak berumur 60 tahun dan ke atas
- RM 150
TARIKH BAYARAN BKM FASA 3
Kepada mereka yang mungkin terlupa, bayaran Fasa 3 ini akan dilaksanakan pada bulan September 2022 ini. Berkemungkinan ia akan dikreditkan pada hujung bulan nanti.
Setakat ini, belum ada lagi tarikh rasmi yang dikeluarkan mengenai pembayaran BKM Fasa 3 ini. Kami akan terus mengemaskini berita dari masa ke masa.