Terkini: Semakan Status Untuk Bayaran BKM Fasa 3 Kini Dibuka

ADMIN PIAN



Untuk pengetahuan anda, semakan status bayaran untuk BKM Fasa 3 kini telah dibuka. Bantuan ini merupakan salah satu bantuan yang paling hangat pada ketika ini disebabkan bulan pembayaran telah pun tiba. Oleh yang demikian, penerima yang layak boleh membuat semakan status pembayaran mereka yang kini telah dibuka.

TARIKH FASA BAYARAN BKM

Bayaran Fasa 1 
Bayaran telah di kreditkan pada 28 Mac 2022 yang lalu secara berperingkat dan penebusan tunai bermula pada 30 Mac.

Bayaran fasa 2
Bayaran Fasa 2 telah bermula pada 27 Jun 2022 yang lepas di mana penebusan boleh dilakukan melalui kaunter BSN.

Bayaran fasa 3
Bayaran akan di kreditan pada September 2022 atau selewat-lewatnya penghujung bulan September. Buat masa ini tiada lagi pengumuman mengenai BKM fasa 3.

Bayaran Fasa 4
Untuk fasa empat ia bakal dikreditkan pada penghujung tahun ini iaitu pada bulan Disember depan.

JUMLAH BANTUAN TERKINI BKM FASA 3

Berikut adalah kadar bayaran mengikut jenis kategori penerima:

1) Kategori isirumah yang berumur 59 tahun dan ke bawah
a) Pendapatan RM 0 - RM 2500
  • 0 anak - RM 200
  • 1-2 anak - RM 300 
  • 3 dan lebih anak - RM 400

b) Pendapatan RM 2501 - RM 5000
  • 0-3 anak dan ke atas - Kesemua RM 100

2) Kategori isi rumah yang berumur 60 tahun dan ke atas 

a) Pendapatan RM 0 - RM 2500
  • 0 anak - RM 500
  • 1-2 anak - RM 600
  • 3 dan lebih anak - RM 700

b) Pendapatan RM 2501 - RM 5000
  • 0-3 anak dan ke atas - Kesemua RM 400

3) Kategori ibu bapa tunggal yang mempunyai anak

a) Pendapatan RM 0 - RM 2500
  • 1-2 anak - RM 800
  • 3 dan lebih anak - RM 900


b) Pendapatan RM 2501 - RM 5000
  • 1-3 anak dan ke atas - Kesemua RM 600


4) Kategori bujang dan ibu bapa tunggal tiada anak dan Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
  • RM 150

5) Bujang dan ibu bapa tunggal tiada anak dan pemohon berumur 60 tahun dan ke atas
  • RM 150

CARA SEMAKAN STATUS BKM FASA 3

Berikut merupakan cara untuk membuat semakan status :
  • Log masuk ke portal https://bkm.hasil.gov.my
  • Klik semakan status 
  • Paparan kelayakan akan ditunjukkan
  • Klik maklumat pembayaran untuk melihat status pembayaran

MAKLUMAT LANJUT

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh melayari portal rasmi BKM https://bkm.hasil.gov.my


Tags

Ad Code

Ad Space