Table of Content
- Pembayaran BKM Fasa 3
- Jumlah Bantuan Terkini Fasa 3
- Jumlah Bantuan Terkini Bagi Penerima Rayuan BKM
- Cara Membuat Semakan Status
- Maklumat Lanjut
Untuk pengetahuan anda, pembayaran BKM Fasa 3 akan dikreditkan bermula 20 hingga 27 September. Pihak kerajaan menerusi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan tarikh bayaran bagi Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 3 ini.
Perkara inilah yang dinanti-nantikan oleh orang ramai.
PEMBAYARAN BKM FASA 3
Pembayaran BKM Fasa 3 dan rayuan BKM akan dikreditkan ke dalam akaun penerima bermula
20 September 2022 secara berperingkat dan
dijangka selesai hingga 227 September 2022.
Pembayaran berjumlah RM2,2 billion ini akan memanfaatkan seramai 8.7 Juta penerima yang terdiri daripada penerima BKM sedia ada dan mereka yang lulus BKM.
JUMLAH BANTUAN TERKINI FASA 3
Berikut merupakan jumlah bayaran mengikut kategori :
1) Kategori isi rumah yang berumur 59 tahun dan ke bawah
a) Pendapatan RM 0 - RM 2500
- 0 anak - RM 200
- 1-2 anak - RM 300
- 3 dan lebih anak - RM400
b) Pendapatan RM 2501 - RM 5000
- 0-3 anak dan ke atas - Kesemua RM 100
2) Kategori Isi Rumah yang berumur 60 tahun dan ke atas
a) Pendapatan RM 0 - RM 2500
- 0 anak - RM 500
- 1-2 anak - RM 600
- 3 dan lebih anak - RM 700
b) Pendapatan RM 2501 - RM 5000
- 0-3 anak dan ke atas - Kesemua RM 400
3) Kategori Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak - Tiada had umur
a) Pendapatan RM 0 - RM 2500
- 1-2 anak - RM 800
- 3 dan lebih anak - RM 900
b) Pendapatan RM 2501 - RM 5000
- 0-3 anak dan ke atas - Kesemua RM 600
4) Kategori Bujang dan IBT tiada anak - berumur 59 tahun dan ke bawah
- RM 150
5) Kategori Bujang dan IBT tiada anak - berumur 60 tahun dan ke atas
- RM 150
JUMLAH BANTUAN TERKINI BAGI PENERIMA RAYUAN BKM
Untuk pengetahuan anda, menurut Perdana Menteri, lebih 80,000 orang yang telah diluluskan Rayuan BKM dan akan menerima bantuan sehinga RM 2350 mengikut kelayakan termasuklah bantuan Tunai Tambahan BKM yang diberikan pada Jun lepas.
CARA MEBUAT SEMAKAN STATUS
Berikut merupakan cara yang boleh anda lakukan untuk membuat semakan status pembayaran :
- Log masuk ke portal rasmi https://bkm.hasil.gov.my/
- Klik semakan status
- Paparan kelayakan anda ditunjukkan
- Klik maklumat pembayaran untuk melihat status pembayaran anda
MAKLUMAT LANJUT
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila layari portal rasmi BKM di https://bkm.hasil.gov.my/