Table of Content
Berdasarkan Belanjawan 2023, Malaysia Madani berlandaskan enam perkara iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.Bantuan Am Persekutuan adalah salah satu daripada bantuan yang dberikan oleh Kerajaan Malaysia bagi membantu rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan, justeru BAP RM350 akan dikreditkan setiap bulan.
Kerajaan melihat secara serius akan keperluan rakyat yang memerlukan. Oleh itu, Belanjawan 2023, dengan Tema Membangun Malaysia MADANI akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakkan usaha reformasi pentasbira dan tatakelola yang baik.
Baca juga :PERMOHONAN BAP RM350
Individu/keluarga yang kurang berkemampuan dan bekerpeluan akan diberikan Bantuan Am Persekutuan tersebut, untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
Jumlah bayaran Bantuan Am Persekutuan : Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga.
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi
- Pendapatah Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa; atau
- PGK Purata Miskin Per Kappipta Semasa
- Golongan yang memerlukan dan kelaurga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain
CARA PERMOHONAN
Permohonan bantuan am ini boleh dikemukakan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat (di Wilayah Persekutuan) terdekat bagi mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.
Pemohon dikehendaki membawa dokumen-dokumen berikut semsa mengemukakan permohonan agar dapat memudahkan urusan permohonan berjalan dengan lancar:
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
- Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama
- Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada)
- Lain-lain dokumen yang berkaitan