Bantuan Kewangan Berjumlah RM1,200 Akan Disalurkan Kepada Golongan B40 Yang Layak

ADMIN PIAN
Bantuan Kewangan Berjumlah RM1,200 Akan Disalurkan Kepada Golongan B40 Yang Layak
Table of Content


Di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023, sebuah bantuan berjumlah RM1,200 bakal disalurkan kepada golongan B40 yang menerpati syarat kelayakan yang akan disalurkan secara berfasa dan kini telah sampai ke Fasa 4.

Baca juga :


KATEGORI YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN RM1,200

Kategori yang dinyatakan seperti di bawah akan disalurkan dengan bantuan berjumlah RM1,200 :

  1. Kategori isi rumah (Tiada had umur)
  2. Berpendapatan RM2,500 ke bawah
  3. Isi rumah mempunyai tanggungan 5 orang anak dan ke atas

SENARAI KATEGORI PENERIMA STR 2023

  • ISI RUMAH (TIADA HAD UMUR)
  • WARGA EMAS SEBATANG KARA (60 TAHUN KE ATAS)
  • BUJANG
  • BUJANG OKU


JUMLAH BAYARAN STR FASA 4 BAGI GOLONGAN B40

Bagi kategori B40 (sahaja) jumlah bayaran adalah seperti yang dinyatakan di bawah :

*Kategori Isi Rumah B40 (Tiada Had Umur)
  • Tiada Anak - RM200
  • 1 - 2 Anak - RM600
  • 3 - 4 Anak - RM900
  • 5 Anak ke atas - RM1,200


TARIKH BAYARAN STR FASA 4

Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, bayaran bagi STR Fasa 4 akan disalurkan pada bulan November 2023 dan sebarang makluman baharu akan diumumkan dari masa ke semasa.
Tags

Ad Code

Ad Space