Bantuan Bulanan RM300 Untuk Rakyat Berkelayakan : Semak Sekarang

ADMIN PIAN
 
Table of Content


Sebagai pengetahuan pembaca, bantuan ini merupakan bantuan khas bagi rakyat yang dinamakan sebagai bantuan barang dapur berjumlah RM300.

Di bawah program BINGKAS, bantuan ini akan disalurkan pada setiap bulan kepada rakyat yang layak.

BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA SELANGOR (BINGKAS)

Pada setiap bulan, bantuan berjumlah RM300 berkenaan akan dikreditkan kepada pemohon yang layak untuk membeli barang keperluan harian dan bantuan BINGKAS ini akan disalurkan ke dalam e-wallet penerima.

30,000 keluarga yang merupakan penduduk Selangor bakal disalurkan dengan bantuan tersebut.

Maklumat lanjut berkenaan bantuan ini ialah bantuan ini lenih tertumpu pada keperluan barang dapur. Walaupun demikian, barang keperluan yang lain masig dibenarkan melalui pembelian secara e-wallet ini.

BANTUAN BARANG DAPUR

Secara umum, bantuan barang dapur berjumlah RM300 ini disalurkan kepada rakyat Selangor untuk membantu meringankan beban belanja dapur mereka.

MANFAAT BANTUAN RM300 BINGKAS

Antara manfaat yang bakal diperoleh rakyat yang menerima bantuan ini adalah seperti yang tertera:
  • e-wallet BINGKAS boleh digunakan di kedai dan pasaraya yang berdaftar
  • Urusniaga pembelian secata tanpa tunai (cashless)
  • Had bulanan pembelian barangan keperluan asas berjumlah RM300
  • e-wallet BINGKAS akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA

Syarat kelayakan penerima bantuan ini adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia
2. Lahir di Selangor atau dah menetap di Selangor melebihi 10 tahun
3. Keluarga yang mempunyai tanggungan dengan usia bawah  18 tahun
4. Pendapatan isi rumah baweah RM3,000 sebulan
5. Bayaran akan dikreditkan pada setiap bulan kepada penerima yang layak


Tags

Ad Code

Ad Space