Baca juga :
BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)
Sebuah inisiatif kerajaan bertujuan untuk meringankan dan mengurangkan beban kewangan pekebun kecil/penoreh getah yang berkelayakan semasa musim tengkujuh adalah melalui Bantuan Musim Tengkujuh (BMT).
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BMT
Dua (2) golongan yang layak menerima bantuan ini adalah seperti yang tertera di bawah:
1. PEKEBUN KECIL RISDA
- Warganegara Malaysia
- Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA
- Keluasan 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar
- Pemilik tanah yang sah
- Seorang penerima sahaja untuk 1 lot tanah
2. PEKEBUN KECIL (PENOREH BUKAN PEMILIK)
- Warganegara Malaysia
- Penoreh bukan pemilik yang berdaftar denGAN RISDA
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
- Pengesahan pemilik tanah yang sah
- Seorang penerima sahaja untuk 1 lot
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah
JUMLAH BAYARAN BMT
Jumlah dan tempoh bayaran telah dinaikkan daripada RM600 kepada RM800 dan daripada dua bulan kepada empat bulan iaitu pada bulan November 2023 (RM200). Disember 2023 (RM200), Januari 2024 (RM200) dan Februari 2024 (RM200).