Kerajaan Setuju Pengeluaran KWSP Secara Bersyarat

ADMIN PIAN
Kerajaan bersetuju untuk meluluskan Pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersyarat melalui program terbaru, iaitu Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2), yang telah dimulakan. Lebih daripada 4 juta ahli KWSP berpeluang mengeluarkan simpanan mereka dengan jumlah minimum RM3,000 hingga maksimum RM50,000 melalui FSA2.



Table of Content
  1. PENGELUARAN SIMPANAN KWSP
  2. JUMLAH PENGELUARAN SIMPANAN YANG LAYAK
  3. SYARAT PENGELUARAN
  4. CARA MEMOHON
  5. PENCARUM KWSP 4 JUTA BAKAL MENDAPAT MANFAAT

PENGELUARAN SIMPANAN KWSP

Berita baik buat pencarum KWSP, Pengeluaran KWSP yang dikenali sebagai Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) telah dilancarkan dengan syarat berbentuk pembiayaan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan bahawa dalam rangka program ini, fasiliti pembiayaan patuh Syariah juga disediakan oleh institusi perbankan. Tambahan pula, ia bebas daripada unsur-unsur riba. 

JUMLAH PENGELUARAN SIMPANAN YANG LAYAK

Berikut adalah jumlah pengeluaran yang dibenarkan berdasarkan baki simpanan dalam Akaun 2 KWSP.

SYARAT PENGELUARAN

Terdapat pelbagai syarat yang perlu dipatuhi oleh pencarum KWSP, termasuk:

1. Terbuka kepada ahli yang belum mencapai usia 55 tahun.
2. Warganegara Malaysia.
3. Permohonan hanya boleh dibuat sekali.
4. Permohonan yang telah diluluskan tidak boleh dibatalkan.
5. Amaun simpanan minimum RM3,000 dalam Akaun 2.
6. Amaun maksimum pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000 dalam Akaun 2 (tertakluk kepada jumlah pembiayaan peribadi yang diluluskan oleh institusi perbankan).

CARA MEMOHON

Pemohonan boleh dibuat secara atas talian melalui institusi perbankan yang terlibat.

LANGKAH 1

Melakukan semakan awal kelayakan simpanan Akaun 2 melalui portal institusi perbankan yang mengambil bahagian.

LANGKAH 2

Membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan.

LANGKAH 3

Mengemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun dengan KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan jumlah pembiayaan peribadi yang telah diluluskan.

PENCARUM KWSP 4 JUTA BAKAL MENDAPAT MANFAAT

Fasiliti ini dijangka memberi manfaat kepada lebih daripada 4 juta ahli KWSP yang berusia di bawah 55 tahun. Kadar faedah (Konvensional) atau kadar keuntungan (Islamik) yang akan dikenakan oleh institusi perbankan dijangka berada dalam lingkungan 4% hingga 5% setahun. Kadar ini jauh lebih rendah berbanding kadar pasaran semasa pembiayaan peribadi dari institusi perbankan, yang biasanya dikenakan pada kadar 8% sehingga 15%.
Tags

Ad Code

Ad Space