Bantuan Secara One-Off Sebanyak RM1000. Semak Sekarang!

ADMIN PIAN
Bantuan Sekali Bayar RM1,000 Untuk Yang Layak: Periksa Sekarang. Pelbagai jenis bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk rakyat yang memenuhi syarat termasuklah Sumbangan Tunai Rahmah (STR), MySalam, bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dan lain-lain.

Pemberian pelbagai jenis bantuan ini jelas bertujuan untuk meringankan beban setiap isi rumah dan penerima yang terjejas.



Table of Contents

BANTUAN SKK RM 1,000

Salah satu bantuan yang turut diberikan oleh kerajaan adalah SKK atau Skim Khairat Kematian sejumlah RM1,000 untuk setiap penerima yang layak.

SKIM KHAIRAT KEMATIAN

Tujuan Skim Khairat Kematian adalah memberi sokongan kewangan kepada anggota masyarakat yang mengalami kesukaran akibat kematian ahli keluarga atau jiran tetangga. Program ini boleh membantu menampung beberapa perbelanjaan yang diperlukan.

JUMLAH BANTUAN

Jumlah tuntutan adalah RM1,000 bagi setiap individu yang layak sahaja.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan untuk mendapatkan bantuan SKK RM1,000:

Penerima BKM 2022 layak menuntut bantuan ini dalam kategori seperti:
  • Kahwin atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Janda / Duda / Balu yang mempunyai anak atau
  • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
  • Meninggal dunia: Bermula 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022
  • SKK boleh dituntut oleh wakil yang didaftarkan oleh pemohon atau pasangan mulai 15 April 2022
  • Pasangan bukan warganegara Malaysia yang meninggal dunia tidak layak SKK

DOKUMEN UNTUK MEMBUAT TUNTUTAN

  1. Sijil kematian asal atau salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  2. Kad Pengenalan asal wakil
  3. Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan wakil

CARA TUNTUTAN

Wakil boleh membuat tuntutan tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), hanya perlu membawa dokumen yang dinyatakan di atas untuk membuat tuntutan.
Tags

Ad Code

Ad Space