Caruman Tambahan Sebanyak RM500 Untuk 1.4 Juta Ahli KWSP

ADMIN PIAN
Baru-baru ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menyalurkan insentif Caruman Tambahan RM500 dari Kerajaan dengan jumlah RM708 juta kepada 1.4 juta ahli KWSP yang berusia antara 40 hingga 55 tahun. Insentif ini diberikan kepada individu yang memiliki simpanan KWSP sebanyak RM10,000 atau kurang dalam Akaun 1 mereka sehingga 24 Februari 2023.

Insentif caruman sebanyak RM500 secara sekali gus ini, yang diumumkan semasa persembahan Belanjawan 2023 pada 24 Februari 2023, bertujuan mendorong ahli KWSP yang memiliki simpanan yang rendah dan mendekati usia persaraan untuk terus menyimpan dan mempercepatkan pertumbuhan simpanan persaraan mereka.

Langkah ini sejajar dengan tujuan KWSP untuk meningkatkan kecukupan simpanan dan memberi sumbangan yang signifikan kepada matlamat yang lebih besar untuk membentuk masa depan kewangan yang kukuh


Table of Content

Pembayaran One-Off Penambahan Caruman Akaun 1 KWSP



Dalam pengumuman Bajet 2023 yang lalu, Kerajaan telah mengumumkan pemberian caruman tambahan sebanyak RM500 ke dalam akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi ahli yang mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa inisiatif ini melibatkan peruntukan hampir RM1 bilion yang akan diberikan kepada hampir dua juta ahli berusia antara 40 hingga 54 tahun.

Beliau menjelaskan bahawa selepas negara melalui fasa pandemik Covid-19, rakyat telah beberapa kali terpaksa menggunakan simpanan persaraan mereka untuk menanggung kehidupan semasa krisis. Sekarang, dengan perlahan-lahan pemulihan ekonomi, kebanyakan rakyat masih menggunakan pendapatan mereka untuk menampung kehidupan harian sementara simpanan persaraan mereka masih di tahap yang rendah.

Cara Semak Pengkreditan Caruman

Cara untuk memeriksa kredit Caruman Tambahan RM500 dan penyata di i-Akaun KWSP adalah seperti berikut. Untuk melakukan pemeriksaan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

1. Log masuk ke i-Akaun melalui pautan https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login menggunakan ID dan Kata Laluan yang telah ditetapkan.
2. Klik pada tab 'Akaun Peribadi'.
3. Pilih penyata untuk tahun yang dikehendaki dan tekan butang 'Cari'.
4. Maklumat penyata akaun anda akan dipaparkan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang insentif Caruman Tambahan RM500 dari Kerajaan ini, ahli boleh merujuk kepada Soalan Lazim (FAQ) di laman web rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my atau menghubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di 03-8922 6000.

Rujukan: https://www.kwsp.gov.my/

Tags

Ad Code

Ad Space