Bantuan Sebanyak RM1200 Akan Dikreditkan Dalam MyKad Bermula 2024

ADMIN PIAN
Untuk makluman anda, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diteruskan pada tahun yang akan datang. Bantuan sebanyak RM1,200 akan dikreditkan dalam MyKad bermula tahun 2024.

Bagi SARA 2024, terdapat peningkatan dalam jumlah bantuan berbanding dengan tahun ini. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk butiran di bawah.



Table of Contents

SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2024

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mengumumkan bahawa bantuan SARA akan diteruskan untuk edisi tahun 2024. Pengumuman ini dibuat semasa pembentangan Bajet 2024 pada bulan Oktober yang lalu.

Selain itu, jumlah bantuan juga meningkat dari RM 600 kepada RM1,200 bagi setiap penerima.

KAEDAH PENEBUSAN

Program ini menawarkan bantuan sebanyak RM 1,200 yang dibayar sebanyak RM 100 setiap bulan selama 12 bulan. Ini bermakna penerima akan menerima RM 100 setiap bulan.

Nama dan nombor MyKad penerima yang layak akan direkodkan dan boleh digunakan secara tanpa tunai melalui MyKad penerima.

BANTUAN STR TAMBAHAN

Jumlah Bantuan STR Tambahan bergantung kepada jumlah tanggungan/anak bagi setiap isi rumah:

  • 0 Anak – RM 1,200
  • 1-2 Anak – RM 1,200
  • 3-4 Anak – RM 1,200
  • 5 Dan Ke Atas – RM 1,200

SYARAT KELAYAKAN SARA 2024

Seperti SARA 2023, tidak semua penerima isi rumah STR 2024 layak menerima bantuan tambahan ini. Berikut adalah kategori yang layak menerima bantuan:
  • Kategori isi rumah miskin tegar
  • Pendapatan bulanan adalah RM 1,169 dan ke bawah sahaja
  • Penerima STR 2023
  • Tiada had umur

Sekiranya anda merupakan golongan miskin tegar dan telah mendaftar di e-Kasih, anda layak menerima bantuan di atas.

TARIKH PEMBAYARAN BERMULA

Sehingga kini, belum terdapat tarikh pembayaran yang diumumkan. Kemungkinan besar, ia akan dibayar bersamaan dengan Bantuan STR Fasa 1 (2024) pada bulan Februari akan datang.
Tags

Ad Code

Ad Space